Leopard_complex
Leopard_complex

Leopard_complex

Leopard complex adalah segolongan warna bulu berkaitan genetik pada kuda. Antara corak-coraknya adalah menjadi-jadinya bulu putih berselang-seli yang seakan-akan kelabu atau roan mahupun bintik-bintik hitam seakan Dalmatian atau harimau bintang di atas bulu putih. Antara ciri-ciri sekunder yang dikaitkan dengan leopard complex adalah sklera putih di keliling mata, telapuk berjalur-jalur dan kulit belak. Gen-gen leopard complex juga dikaitkan dengan kelainan pada mata dan penglihatan. Corak-corak ini paling ketara dikaitkan dengan kuda baka Appaloosa, namun kehadiran pada baka-baka dari Asia ke Eropah Barat menunjukkan bahawa ianya disebabkan mutasi yang purba sekali.