Lepus_europaeus
Lepus_europaeus

Lepus_europaeus

Kelinci Eropah atau Arnab Perang (Lepus europaeus) ialah satu spesies arnab yang berasal di Eropah utara, tengah dan barat, dan Asia Barat.Ia merupakan sejenis mamalia yang tersuai dengan kawasan desa yang terbentang dan beriklim sederhana. Ia membiak di atas tanah dan bergantung pada kelajuan untuk melarikan diri.Lepus europaeus mencapai saiz tubuh 50-70 cm dan kepanjangan ekor 7-11 cm. Arnab yang dewasa boleh mencapai berat 2.5 hingga 6.5 kg. Ia boleh berlari selaju 72 km/j (45 bsj). Lepus europaeus merupakan haiwan yang betul-betul maun. Ia memakan rumput dan herba pada musim panas, tetapi beralih kepada ranting, kulit kayu dan tunas pokok muda pada musim sejuk, sehingga mendatangkan masalah kepada pengusaha dusun.Lepus europaeus yang biasanya segan-silu berubah kelakuan pada musim bunga apabila arnab ini terang-terangan saling kejar-mengejar di kawasan padang rumput yang terbuka. Dalam kegilaan musim bunga ini, arnab ini kelihatan "bertinju", iaitu saling menumbuk dengan kakinya. Selama ini disangka sebagai persaingan antara jantan, tetapi pemerhatian dekat membuktikan bahawa kelakuan ini melibatkan si betina menumbuk-numbuk si janta, sebagai tanda bahawa si betina belum bersedia untuk mengawan, ataupun menguji keazaman si jantan.Bilangan arnab ini makin berkurangan di Eropah kesan perubahan dalam amalan pertanian. Antara pemangsa semula jadinya termasuk Helang Mas, Rubah Merah dan Serigala.