Lepus_mandschuricus
Lepus_mandschuricus

Lepus_mandschuricus

Kelinci Manchuria (Lepus mandschuricus) ialah satu spesies kelinci yang ditemui di China timur laut, lembangan Sungai Amur, dan kawasan pergunungan di utara Semenanjung Korea. Kelinci Manchuria yang dewasa beratnya 2 kilogram, panjang tubuhnya 40-48 sentimeter, dan panjang ekornya 4.5-7.5 sentimeter. Telinganya biasanya mencapai kepanjangan 7.5-10.4 sentimeter. Tungkai belakangnya lebih pendek dan telinganya lebih kecil berbanding Kelinci Korea.