Lesbos

Lesbos (bahasa Greek: Λέσβος) adalah pulau Greek yang terletak di Laut Aegean. Pulau ini berkeluasan 1,630 km persegi dan mempunyai pantai sepanjang 320 km. Penduduknya berjumlah lebih kurang 90,000 orang dan sepertiga daripada mereka tinggal di Mytilene, ibu kota pulau ini. Perkataan lesbian berasal dari pulau ini di mana seorang penyajak wanita terkenal zaman dahulu bernama Sappho pernah hidup. Sajak-sajak cinta kepada wanita oleh Sappho selalu ditafsirkan sebagai ekspresi cinta homoseksual. Kerana kaitan ini, Lesbos terutamanya pekan tempat lahir Sappho iaitu Eresos selalu dikunjungi oleh pelancong lesbian.