Letto

Letto merupakan sebuah kumpulan muzik Indonesia yang pertama kali dibentuk tahun 2004. Kumpulan muzik asal Yogyakarta ini beranggotakan Noe (Sabrang Mowo Damar Panuluh, Yogyakarta 10 jun 1979) sebagai vokalis dan keyboardis, Patub (Agus Riyono, Yogyakarta, 2 Ogos 1979) sebagai gitaris, Arian (Ari Prastowo, Bantul, 27 Mac 1979) sebagai bassis, dan Dhedot (Dedi Riyono, Yogyakarta, 23 Januari 1987) sebagai drummer. Vokalis Letto, Noe, ialah putera penyair Emha Ainun Nadjib. Ahli kumpulan muzik ini telah bersahabat sejak masih sekolah di SMU 7 Yogyakarta. Selepas berpisah akibat kesibukan kuliah, mereka akhirnya bertemu kembali dan berkarya bersama.[1]