Letupan_Besar
Letupan_Besar

Letupan_Besar

Dalam bidang fizik kosmologi, Letupan Besar, juga dikenali sebagai Dentuman Besar[1][2] atau Ledakan Dahsyat,[2] merupakan teori saintifik yang mengatakan alam semesta muncul daripada keadaan yang sangat tumpat dan panas lebih kurang 13.7 bilion tahun dahulu. Teori Letupan Besar ini berdasarkan cerapan anjakan merah hukum Hubble tentang jarak galaksi, yang apabila disertakan sekali prinsip kosmologi mendapati ruang angkasa mengembang menurut model Friedmann-Lemaître bagi kerelatifan am. Menurut maklumat yang ada tentang masa silam, pemerhatian ini menunjukkan bahawa alam semesta mengembang daripada keadaan di mana tenaga dan jirim dalam alam semesta ini sangat panas dan tumpat. Ahli fizik tidak bersetuju sepenuhnya tentang apa yang berlaku sebelum itu, walaupun kerelatifan am meramalkan wujudnya ketunggalan graviti.Istilah Letupan Besar digunakan bagi merujuk titik masa apabila pengembangan yang dicerap (Hukum Hubble) bermula—kira-kira 13.7 bilion (1.37 × 1010) tahun dahulu (±2%)—dan digunakan untuk merujuk kepada paradigma kosmologi terkini menerangkan asal dan pengembangan alam semesta, begitu juga komposisi jirim awal melalui nukleosintesis seperti yang diramalkan oleh teori Alpher-Bethe-Gamow [3]. Satu kesan daripada letupan besar ialah keadaan alam semesta kini berbeza dari keadaan pada masa dahulu atau akan datang (evolusi semula jadi alam semesta sentiasa mengambil tempat). Daripada ramalan model George Gamow pada 1948, sekurang-kurangnya secara kualitatif, akan kewujudan sinaran latar belakang gelombang mikro kosmik (CMB)[4]. CMB ditemui pada 1960-an dan kemudian mengesahkan teori Letupan Besar mengatasi lawannya, teori keadaan tetap.

Rujukan

WikiPedia: Letupan_Besar http://www.findarticles.com/p/articles/mi_m1511/is... http://www.historyoftheuniverse.com/ http://news.nationalgeographic.com/news/2006/03/03... http://skyandtelescope.com/news/article_1697_1.asp http://cosmology.berkeley.edu/Education/IUP/Big_Ba... http://www.submm.caltech.edu/cso/ http://cfa-www.harvard.edu/seuforum/bigbanglanding... http://www.nap.edu/books/0309093139/html/136.html http://www.ncsu.edu/felder-public/kenny/papers/cos... http://www.sabanciuniv.edu/do/eng/?PodCast/PodCast...