Letupan_dwibibir_bersuara

Letupan dwibibir bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam kebanyakan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara b dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), dan b dalam X-SAMPA. Dalam bahasa Melayu, letupan dwibibir bersuara dilambangkan oleh huruf b, contohnya: badan, lembap dan adab. Kebanyakan bahasa-bahasa India, seperti bahasa Hindi, membezakan dua jenis [b] iaitu satu yang biasa dan satu lagi berhembusan.