Letupan_dwibibir_tak_bersuara

Letupan dwibibir tak bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam kebanyakan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara p dalam Abjad Fonetik Antarabangsa dalm p dalam X-SAMPA. Dalam bahasa Melayu, konsonan letupan/hentian dwibibir tak bersuara dilambangkan oleh huruf p, contohnya: panas, spanar dan tetap.Bunyi [p] tidak terdapat dalam 10% dari bahasa yang ada bunyi [b]. Inilah salah satu ciri-ciri yang terdapat dalam bahasa-bahasa kawasan "lilit-Sahara" (Afrika di utara khatulistiwa, termasuk semenanjung Arab). Tidak diketahui berapa usia ciri-ciri ini, ataupun sama ada ini adalah kesan fenomena bahasa Arab sebagai bahasa berprestij (Bahasa Arab kehilangan bunyi /p/ pada zaman prasejarah), ataupub bahasa Arab itu sendiri dipengaruhi oleh corak kawasan yang lebih lama. Ketiadaan bunyi [p] juga didapati di kawasan-kawasan lain, contohnya di Eropah: bahasa-bahasa Proto-Celt dan Basque Lama apabila direkonstruksi didapati ada bunyi [b] tetapi tiada bunyi [p].Walau apapun, bunyi [p] tetap mudah dijumpai dalam pelbagai bahasa. Kebanyakan bahasa cuma ada [p] biasa, sementara yang lain ada lebih dari satu jenisnya, misalnya: kebanyakan bahasa-bahasa Indo-Arya seperti bahasa Hindi, membezakan [p] yang biasa dan berhembusan.