Letupan_gelungan_tak_bersuara

Letupan gelungan tak bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ʈ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan t` dalam X-SAMPA. Seperti semua konsonan gelungan yang lain, aksara IPA-nya terbentuk dengan membubuh cangkuk yang menghala ke kanan di bawah aksara yang digunakan untuk konsonan gusi yang berpadanan, iaitu aksara t yang tertumbuh cangkuk yang menghala ke kanan di bawah batangnya.