Libas
Libas

Libas

Libas ialah sebuah filem bertemakan komedi kesukanan, merupakan filem pertama arahan Pengarah Drama Terbaik, Anugerah Seri Angkasa, Jurey Latiff Rosliyang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 29 September 2011. Filem yang menampilkan semula pelakon yang tidak asing lagi, Rosyam Nor, selepas kali terakhir memegang watak utama dalam filem Kala Malam Bulan Mengambang. Filem ini turut dibintangi oleh Scha Al-Yahya, Adam Corrie dan lain-lain. Filem mengangkat tema kesukanan yang tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia, iaitu Sepak Takraw. Filem ini diharap dapat menaikan semangat dan minat anak muda tentang sukan Sepak Takraw.