Libertarianisme

Libertarianisme adalah satu falsafah politik yang menyatakan bahawa setiap manusia adalah tuan mutlak ke atas nyawa dan bebas melakukan apa sahaja ke atas nyawa dan harta bendanya selagi dia menghormati kebebasan orang lain. Seseorang yang memegang falsafah ini dikenali sebagai seorang libertarian. Kadang-kala. libertarianisme dikenali sebagai liberalisme klasikal. Falsafah kebebasan juga pernah digunakan untuk menerangkan libertarianisme kepada orang ramai.Ada dua jenis libertarianisme.Kumpulan yang pertama percaya yang semua pergaulan manusia perlu dilakukan secara sukarela dan dipersetujui oleh semua yang terlibat di dalam pergaulan itu. Mereka menekankan bahawa segala bentuk paksaan atau permulaan kekasaran (initiation of force) ke atas seseorang atau harta bendanya adalah satu tindakan yang melanggar fahaman libertarianisme. Kata kerja "paksaan" di sini bermaksud penggunaan kekasaran fizikal serta ugutan melakukannya dan penipuan kepada sesiapa yang tidak melakukan perkara-perkara tersebut. Ramai yang memegang fahaman ini terdiri daripada anarkis individualis dan anarko-kapitalis.Kumpulan yang kedua pula menekankan pandangan konsekuensialisme (consequentialism) dan utilitarian. Berlainan dengan kumpulan yang pertama, kumpulan ini yang dipanggil minarkis berpendapat yang penggunaan kuasa paksaan secara minimum (seperti kutipan cukai untuk membiayai pertahanan, undang-undang dan jalanraya) boleh diterima untuk memastikan kebebasan peribadi yang sebanyak mungkin. Anarko-kapitalis percaya bahawa pasaran bebas dapat membekalkan fungsi-fungsi awam yang tradisional seperti pertahanan melalui sektor swasta.Walaupun libertarian melihat paksaan dan kekasaran sebagai melanggar prinsip libertarian, mereka tidak melihat penggunaan kekasaran sebagai pertahanan diri sebagai melanggar prinsip yang sama. Libertarian mengemari etika tanggungjawab peribadi dan menentang konsep negara kebajikan (welfare state) kerana mereka mempercayai bahawa kerajaan dalam bentuk welfare state akan memaksa seseorang individu untuk melakukan sesuatu. Libertarian juga menentang kerahan tentera atas sebab yang sama.