Prinsip-prinsip Libertarianisme

Perkara pokok di dalam libertarianisme adalah pemilikan peribadi (self-ownership) ataupun kedaulatan individu. Menurut libertarian, seseorang itu berdaulat ke atas dirinya dan ini termasuk nyawa, kebebasan dan harta bendanya. Oleh demikian, kebebasan ditakrifkan sebagai satu keadaan yang bebas dalam perbuatan sementara tidak melakukan paksaan atau kekasaran terhadap nyawa, kebebasan dan harta benda orang lain. Prinsip ini dikenali sebagai prinsip ketiadaan paksaan (non-aggression principal).

Para libertarian melihat sebarang batasan yang dikenakan oleh sesuatu negara ke atas seseorang atau harta peribadi mereka yang tidak berkaitan dengan hukuman ke atas mereka yang melanggar hak-hak orang lain sebagai satu aksi yang melanggar kebebasan. Libertarian anarkis tidak bersetuju dengan sebarang batasan yang dikenakan oleh sesuatu negara ke atas mereka. Ini berasaskan anggapan yang menyatakan bahawa tiada perlunya satu masyarakat itu mempunyai pemimpin dan undang-undang kerana dengan ketiadaan kerajaan, individu-individu akan membuat peraturan sendiri berasakan ikatan sosial, peraturan, tradisi, kod dan perjanjian tempatan. Ini perlu dibandingkan dengan pendapat libertarianisme yang berunsurkan minarkisme. Para minarkis bersetuju yang institusi kerajaan adalah satu keperluan yang diasaskan untuk melindungi hak-hak peribadi. Ini termaksud melindungi orang ramai dan harta benda mereka dari perbuatan jenayah dan pertahanan negara. [1][2]