Library Genesis atau
LibGen merupakan enjin carian untuk artikel dan buku dalam pelbagai subjek,
[1] yang membenarkan akses percuma ke atas kandungan yang dikenakan bayaran atau yang tidak didigitalkan lagi.
[2] LibGen turut menyimpan kandungan PDF dari pangkalan data
Elsevier,
ScienceDirect.
[3]Pada tahun 2015, LibGen terbabit dengan kes legal antara LibGen dengan Elsevier yang menuduh LibGen melanggar hak cipta dengan memberi akses artikel dan buku.
[3] LibGen dilaporkan telah mendaftar di
Rusia dan
Belanda, menjadikannya tidak jelas mengenai undang-undang terpakai,
[3][4]LibGen telah disekat oleh beberapa
pembekal khidmat Internet di United Kingdom,
[5] namun sekatan berasaskan
DNS didakwa tidak mampu mengurangkan akses kepada LibGen.
[3] Pada penghujung Oktober 2015, mahkamah daerah
New York memerintahkan LibGen menamatkan operasinya dan menghapuskan domain libgen.org,
[6] namun, ia masih boleh diakses menggunakan domain yang lain.
[7][8]Sehingga Julai 2016, pangkalan data ini mengandungi lebih 52 juta artikel dari kira-kira 50,000 penerbitan.
[9]