Liga_Super_Indonesia

Liga 1 (Dahulu dikenali sebagai Liga Super Indonesia) adalah pertandingan profesional tertinggi bagi kelab-kelab bola sepak di Indonesia. Pertandingan ini diuruskan oleh P.T. Liga Indonesia Baru, di bawah pengawasan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI). Terdapat 18 kelab yang melibatkan diri di dalam liga tertinggi ini perlu lulus sejumlah proses keperluan dan pengesahan, yang berkaitan dengan penilaian profesionalisme dan infrastruktur. Go-Jek telah menjadi penaja utama bagi pertandingan ini selama dua tahun (2017-2018) dan pada tahun 2019 Shopee menggantikan sebagai penaja utama.Sehingga tahun 2008, pertandingan profesional bola sepak tertinggi di Indonesia adalah Division Premier (di bahasa Indonesia: Divisi Utama)(sekarang Liga 2, yang telah disingkirkan ke Divisi kedua.Merujuk kepada AFC Final Assessment Ranking bagi musim 2009–2010 (yang mana liga bola sepak profesional di Asia telah diletakkan berbanding dengan daya saing, profesionalisme, kebolehpasaran, dan status kewangan liga dan kelab-kelabnya - untuk menulai bilangan tempat di dalam Liga Juara-Juara AFC), Liga Super Indonesia telah diletakkan tempat ke-8 terbaik di Asia Tenggara.[1]

Liga_Super_Indonesia

Piala domestik
Tapak sesawang liga-indonesia.id
Disingkirkan ke Liga 2
Rakan TV Indosiar, O Channel, and Vidio.com
Piala antarabangsa
Juara semasa Bali United (1 trofi) (2019)
Kelab paling berjaya Persipura Jayapura (3 trofi)
Ditubuhkan
  • 2008; 12 tahun yang lalu (2008) (sebagai Indonesia Super League)
  • 2017; 3 tahun yang lalu (2017) (sebagai Liga 1)
Negara  Indonesia
Konfederasi AFC
Jumlah pasukan 18
22 (in 2014)
Aras Tahap 1