Liguria
Liguria

Liguria

Liguria merupakan sebuah daerah pesisir barat laut Itali, yang merupakan daerah ketiga paling kecil Itali. Ianya bersempadan dengan Perancis di barat, Piedmont di utara, dan Emilia-Romagna dan Tuscany di timur. Ia terletak di bahagian selatan dengan Laut Ligurian, sebahagian dari Laut Tyrrhenian (utara Laut Mediterranean).Garisan pesisir membentuk Riviera Itali; jauh ke dalam adalah Alp Ligurian, di barat, dan apennines Ligurian di timur. Ibu kota daerah ini adalah Genoa.Pesisir Ligurian menikmati iklim maritim ringan, berbanding dengan semi-continental di lembah Po, beberapa kilometer di utara; pada Januari, suhu rata-rata Genoa sekitar 8-10 °C, tanpa "frost", yang hanya dapat terjadi di pegunungan dalam. Musim panas memiliki suhu rata-rata 24-25 °C.Curah hujan dapat banyak pada masa-masa tertentu; gunung-ganang begitu dekat dengan pesisir menyebabkan kesan orografik, jadi Genoa dapat memperoleh hujan sebanyak 2,000 mm dalam setahun; wilayah lainnya memiliki penerimaan hujan normal sekitar 500-800 mm.Walaupun kepadatan penduduk yang tinggi, hutan meliputi setengah daripada keluasan wilayah.Liguria merupakan nama yang begitu lama, sejak zaman sebelum Rom.Bandar utama: