Lim_Kit_Siang
Lim_Kit_Siang

Lim_Kit_Siang

Yang Behormat Lim Kit Siang (lahir 20 Februari 1941; Cina: 林吉祥; pinyin: Lín Jíxiáng) merupakan seorang ahli politik Malaysia. Beliau memegang jawatan sebagai penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti kerajaan demokratik sosial di Malaysia.Beliau berkahwin dan mempunyai empat orang anak, dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang Parlimen di Dewan Rakyat, dewan terendah bagi Parlimen Malaysia. Sejak 1978, beliau telah menerbitkan 29 buah buku. Lim telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen (AP) sejak 1969, dan telah mewakili pelbagai kerusi di kawasan Melaka, Selangor dan Pulau Pinang. Beliau meninggalkan parlimen selama lima tahun dari tahun 1999 hingga tahun 2004, selepas beliau kalah dalam Pilihanraya Umum 1999, ditewaskan oleh Chia Kwang Chye di kawasan Bukit Bendera. Lim menjawat sebagai Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) dari tahun 1969 hingga tahun 1999. Selepas pilihan raya umum 1999, beliau menjadi Pengerusi DAP yang kedua, setelah persaraan Dr. Chen Man Hin. Manakala jawatan Setiausaha Agung diambil alih oleh Kerk Kim Hock.[1]Beliau memenangi kawasan Ipoh Timur dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 yang partinya mencapai jumlah kerusi yang terbanyak bagi pihak pembangkang dan kembali menjadi Ketua Pembangkang Parlimen. Pada tahun 2004, beliau menolak perlantikan semula jawatan pengerusi dan Karpal Singh telah dilantik sebagai penggantinya. Lim dilantik dalam peranan penasihat sebagai ketua perbadanan yang baru ditubuh, yang digelar "Jawatankuasa Polisi dan Perancangan Strategik". Anak lelakinya, Lim Guan Eng, mengambil alih daripada Kerk Kim Hock sebagai Setiausaha Agung DAP pada masa ini. Lim merupakan salah seorang ahli politik yang telah ditahan semasa operasi "Operasi Lalang" pada tahun 1987 kerana membangkitkan perasaan perkauman. Akibatnya, beliau dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang mengizinkan penahanan selama dua tahun tanpa perbicaraan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.