Lim_Yew_Hock

Haji Omar Lim Yew Hock (15 Oktober 1914 – 30 November 1984), lahir Lim Yew Hock (Bahasa Cina: 林有福; pinyin: Lín YǒufúPe̍h-ōe-jī: Lîm Iú-hok), merupakan seorang ahli politik Singapura dan Malaysia berketurunan Cina, yang berkhidmat sebagai Ahli Majlis Undangan dengan Dewan Undangan dari tahun 1948 hingga tahun 1963, serta Ketua Menteri Singapura yang kedua dari tahun 1956 hingga tahun 1959.Semasa mudanya, Lim bekerja sebagai kerani setelah memperoleh ijazah daripada Institusi Raffles. Berikutan berakhirnya Perang Dunia II, beliau menyertai pergerakan pekerja dan kemudian memulakan kerjaya politiknya dengan menyertai Parti Progresif (PP) pada tahun 1947. Pada tahun 1949, beliau menjadi ahli Parti Buruh. Beliau menubuhkan Barisan Buruh (LF) bersama David Marshall. Perlembagaan Rendel dilaksanakan pada tahun 1955 disebabkan oleh keadaan politik yang tidak stabil dan permintaan tinggi terhadap kemerdekaan di Singapura pascaperang. LF memenangi pilihan raya Majlis Undangan, dengan Marshall sebagai Ketua Menteri. Lim dilantik sebagai Menteri untuk Buruh dan Kebajikan, serta berkhidmat sebagai timbalannya semasa tempoh menjawatnya.Walau bagaimanapun, setelah perbincangan dengan Kerajaan di London untuk pemerintahan sendiri gagal, Marshall letak jawatan sebagai Ketua Menteri lalu Lim mengambil alih. Untuk memperoleh kepercayaan British, Lim menumpaskan gerakan politik haluan kiri. Beliau memimpini led an all-party delegation to re-negotiate in talks for self-rule, eventually reaching an agreement dengan British untuk perlembagaan baru yang memberi pemerintahan sendiri dalaman pada tahun 1959. Walau bagaimanapun, Lim hilang sokongan majoriti orang Cina disebabkan oleh penindasannya terhadap prokomunis, terutamnya tindakan keras terhadap guru dan pelajar di sekolah Cina yang berhaluan kiri. Ini menjurus kepada meningkatnya sokongan untuk Parti Tindakan Rakyat (PETIR), kemudian pembangkang, pimpinan Lee Kuan Yew.Perikatan Rakyat Singapura (SPA) Lim telah dikalahkan oleh PETIR di pilihan raya 1959, menyebabkan beliau berundur diri sebagai Ketua Menteri manakala Lee menggantikannya sebagai Perdana Menteri. Sejak itu, beliau kurang melibatkan diri dalam politik Singapura dan meninggalkan Majlis Undangan pada tahun 1963. Beliau telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia oleh kemudian Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman. Walau bagaimanpun, beliau keluar daripada politik Malaysia lebih awal disebabkan oleh kehilangannya pada tahun 1966 semasa tempoh menjawatnya. Lim memeluk agama Islam dan menjalani kehidupan tidak menonjolkan diri di Arab Saudi pada saki-baki kehidupannya.

Rujukan

WikiPedia: Lim_Yew_Hock http://www.nandazhan.com/history.htm http://www.sginsight.com/xjp/index.php?id=190 http://www.sginsight.com/xjp/index.php?id=208 http://remembersingapore.wordpress.com/2012/11/13/... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://www.istiadat.gov.my/v8/images/stories/1958.... //tools.wmflabs.org/ftl/cgi-bin/ftl?st=&su=Lim+Yew... //tools.wmflabs.org/ftl/cgi-bin/ftl?st=&su=Lim+Yew... http://www.eld.gov.sg/elections_past_parliamentary... http://www.eld.gov.sg/elections_past_parliamentary...