Huraian Limau

Slices of various citrus fruits

Pokok

Pokok limau terdapat dalam bentuk pokok renek besar ke pohon bersaiz kecil ke sederhana yang mencapai ketinggian 5–15 m, dengan pucuk berduri dan daun-daun malar hijau bertepi sekata yang tersusun berselang-selang. Bunganya tumbuh secara sekuntum-sekuntum ataupun berbulir-bulir kecil. Setiap kuntum bunganya berdiameter 2–4 cm, berkelopak putih lima (jarang sekali empat) dengan banyak stamen. Bunga limau biasanya berbau kuat.

Buah

Buah limau merupakan hesperidium, iaitu suatu beri khusus yang berbentuk globos (bola) atau memanjang (bujur), dengan kulit liat yang dipanggil perikarpa. Panjangnya 4–30 cm dengan diameter 4–20 cm. Lapisan perikarpa yang paling luar ialah "eksokarpa" yang dipanggil flavedo ataupun umum dikenali sebagai zest. Lapisan tengah perikarpa ialah mesokarpa yang terdiri daripada "albedo" yang putih dan mampung. Lapisan yang paling dalamnya ialah endokarpa. Isi buah limau terdiri daripada ulas-ulas, dan di dalam ruang setiap ulas ialah lokul yang berisi vesikel jus atau "pulpa". Di celah-celah ulas adalah "rerambut" seakan tali yang menjangkau dari endokarpa ke lokul untuk menyalurkan zat kepada buah.[10][11]

Buah limau terkenal dengan bau harumannya yang berpunca antara lainnya daripada bahan flavonoid dan limonoid (jenis-jenis terpena) yang terkandung dalam kulit, malah kebanyakannya berisi jus. Jus limau mengandungi banyak asid sitrik yang merupakan punca rasa pedarnya yang tersendiri. Genus Citrus tinggi nilai ekonominya kerana banyak spesiesnya yang ditanam untuk buahnya yang boleh dimakan bulat-bulat, diperah jusnya ataupun diawet dalam marmalad atau jeruk.

Limau ialah sumber vitamin C dan flavonoid yang bagus. Flavonoidnya ialah pelbagai jenis flavanon and flavon.[12]

Rujukan

WikiPedia: Limau http://books.google.com/?id=SmRJnd73dbYC http://link.springer.com/chapter/10.1007/978-94-01... http://www.springerlink.com/content/vp0u360m647148... http://www.trussel2.com/acd/acd-s_l.htm#7816 http://www.ars-grin.gov/cgi-bin/npgs/html/splist.p... http://www.rogerblench.info/Archaeology/SE%20Asia/... http://www.jstage.jst.go.jp/article/bbb/70/1/70_17... http://www.jstor.org/pss/2484763 http://www.unctad.org/infocomm/anglais/orange/char... https://en.wikipedia.org/wiki/File:Citrus_fruits.j...