Nama Limau

Perkataan "limau" dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Bahasa Melayu-Polinesia Barat iaitu *limaw yang sama maksudnya, malah seasal dengan limo yang terdapat dalam bahasa Jawa, Bali dan Sasak dan juga lebih kurang sama maksudnya.[5] Boleh jadi bahawa perkataan "limau" berkongsi asal-usul dengan nimbū dalam bahasa Sanskrit yang bermaksud limau; limau dan nimbū juga dihujahkan sebagai diserap ke dalam bahasa Parsi (dalam bentuk لیمو līmū), Arab (ليمون laymūn), Portugis (lima, limão) dan Inggeris (lemon, lime).[6]

Nama genus Citrus pula berasal daripada bahasa Latin, yang mana ia memaksudkan tumbuhan yang digelar mata kerbau (C. medica) atau sejenis pokok konifer (Thuja). Nampaknya ia ada pertalian dengan perkataan Yunani Kuno iaitu κέδρος (kédros) yang bermaksud pokok araz. Ini mungkin berpunca daripada keseirasan bau daun dan buah limau dengan araz.[7]

Rujukan

WikiPedia: Limau http://books.google.com/?id=SmRJnd73dbYC http://link.springer.com/chapter/10.1007/978-94-01... http://www.springerlink.com/content/vp0u360m647148... http://www.trussel2.com/acd/acd-s_l.htm#7816 http://www.ars-grin.gov/cgi-bin/npgs/html/splist.p... http://www.rogerblench.info/Archaeology/SE%20Asia/... http://www.jstage.jst.go.jp/article/bbb/70/1/70_17... http://www.jstor.org/pss/2484763 http://www.unctad.org/infocomm/anglais/orange/char... https://en.wikipedia.org/wiki/File:Citrus_fruits.j...