Taksonomi Limau

Taksonomi dan sistematik genus limau adalah rumit. Jumlah sebenar spesies semula jadinya tidak jelas kerana banyak spesies yang diberi nama ialah kacukan yang dibiakkan secara klon melalui benih (secara apomiksis), malah terdapat bukti genetik bahawa sesetengah spesies biak baka tulen yang liar adalah berketurunan kacukan.[8]

Limau tani mungkin terbit daripada tiga ke empat spesies leluhur. Kajian terbaru mendapati bahawa hanya tiga jenis buah limau adalah asli iaitu mata kerbau, bali dan mandarin, sementara semua jenis limau yang lain tercipta melalui pengacukan semula jadi mahupun buatan.[9] Antara jenis kacukan semula jadi mahupun tanaman ialah buah-buahan yang bernilai komersial tinggi seperti oren, gedang, lemon, nipis, kesturi dan sesetengah tangerin.

Rujukan

WikiPedia: Limau http://books.google.com/?id=SmRJnd73dbYC http://link.springer.com/chapter/10.1007/978-94-01... http://www.springerlink.com/content/vp0u360m647148... http://www.trussel2.com/acd/acd-s_l.htm#7816 http://www.ars-grin.gov/cgi-bin/npgs/html/splist.p... http://www.rogerblench.info/Archaeology/SE%20Asia/... http://www.jstage.jst.go.jp/article/bbb/70/1/70_17... http://www.jstor.org/pss/2484763 http://www.unctad.org/infocomm/anglais/orange/char... https://en.wikipedia.org/wiki/File:Citrus_fruits.j...