Linkin_Park
Linkin_Park

Linkin_Park

Linkin Park ialah sebuah kumpulan rock/nu metal Amerika Syarikat yang berasal dari Agoura Hills, California. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1996 dan meningkat kepada kemasyhuran antarabangsa dengan album sulung mereka Hybrid Theory (2000) yang menerima pensijilan Berlian oleh RIAA pada tahun 2005 dan multi-platinum di beberapa negara lain.[1][2] Ahli terkini Linkin Park ialah Mike Shinoda, Brad Delson, Dave Farrell, Rob Bourdon, dan Joe Hahn, manakala bekas ahlinya ialah Chester Bennington dan Mark Wakefield. Linkin Park pernah menggunakan nama "Xero" dan "Hybrid Theory", yang menjadi tajuk album debutnya, sebelum mengganti nama menjadi "Linkin Park".Dengan menyesuaikan Nu Metal dan Rap Metal kepada gaya lagi padat berlapis mesra radio dalam Hybrid Theory (2000) dan Meteora (2003),[3][4][5] kumpulan itu meneroka genre lain yang lebih ke arah rock alternatif berbanding Nu Metal pada album sebelumnya dalam album studio mereka yang ketiga, Minutes to Midnight (2007).[6][7] Album-album mereka mengungguli carta Billboard dan mempunyai debut ketiga terbaik minggu mana-mana album tahun itu.[8][9] Kumpulan ini terus meneroka variasi jenis muzik yang lebih luas dalam album keempat mereka, A Thousand Suns (2010), lapisan muzik mereka dengan bunyi yang lebih kearah Electronic Rock yang padat dengan bunyi eletronik. album mereka yang kelima, Living Things (2012), menggabungkan unsur-unsur muzik dari semua rekod mereka sebelum ini. Pada album keenam mereka pula, The Hunting Party (2014), memperlihatkan mereka kembali ke arah bunyi rock yang lebih berat & menjadi album pertama mereka berkolaborasi dengan artis lain seperti Rakim, Tom Morello & Daron Malakian dalam album ini. Pada tahun 2017 mereka telah kembali dengan mencuba genre baru kali ini dengan membawa genre Pop Rock & Pop dalam album ketujuh mereka One More Light (2017).[10] Band ini telah bekerjasama dengan beberapa artis lain, terutamanya dengan rapper Jay Z dalam mashup EP mereka Collision Course, dan lain-lain lagi dalam album adunan semula Reanimation dan Recharged. Pada 20 Julai 2017, vokalis Chester Bennington meninggal dunia kerana dipercayai membunuh diri di kediamannya.[11]Pada 2003, MTV2 menamakan Linkin Park kugiran keenam terbesar dalam era video muzik dan yang ketiga terbaik di alaf baru.[12] Billboard menyenaraikan Linkin Park No. 19 di carta Best Artists of the Decade.[13] Pada tahun 2012, band itu dipilih sebagai artis paling hebat dalam tahun 2000an dalam tinjauan pendapat Bracket Madness di VH1.[14] Pada 2014, kumpulan ini diisytihar sebagai Biggest Rock Band in the World Right Now oleh Kerrang!.[15][16] Linkin Park telah menjual lebih 70 juta album di seluruh dunia dan telah memenangi dua Anugerah Grammy.[17][18][19]Linkin Park kini dalam pengunduran selama tidak terbatas sejak vokalis Bennington membunuh diri pada Julai 2017, dan belum membuat rancangan untuk meneruskan dengan vokalis baru, meninggalkan masa depan kumpulan ini yang tidak menentu.

Linkin_Park

Ahli Rob Bourdon
Brad Delson
Mike Shinoda
Dave Farrell
Joe Hahn
Tahun aktif 1996–2017 (pengunduran selama tidak terbatas)
Bekas ahli Mark Wakefield
Kyle Christner
Chester Bennington
Berasal dari Agoura Hills, California, Amerika Syarikat
Pengkarya berkait
  • Jay Z
  • Steve Aoki
  • Daron Malakian
  • Tom Morello
  • Rakim
  • Kiiara
Juga dikenali sebagai
  • Xero (1996–99)
  • Hybrid Theory (1999)
Syarikat rakaman
  • Warner Bros. Records
  • Machine Shop Records
Genre
  • Alternative Rock
  • Nu Metal
  • Alternative Metal
  • Rap Rock
  • Electronic Rock
  • Pop Rock
  • Electro Pop
Laman sesawang linkinpark.com

Rujukan

WikiPedia: Linkin_Park http://www.greenfieldfestival.ch/index.php?id=7 http://abcnewsradioonline.com/music-news/2017/3/21... http://rock.about.com/od/rockmusic101/a/raprock.ht... http://www.allmusic.com/album/r502314 http://www.allmusic.com/artist/linkin-park-mn00002... http://www.allmusic.com/artist/p447095 http://www.altpress.com/features/entry/top_10_nue_... http://www.askmen.com/celebs/men/entertainment_150... http://www.bigissue.com/mix/news/1451/linkin-park-... http://www.billboard.com/#/charts-decade-end/artis...