Lion_Air
Lion_Air

Lion_Air

PT Lion Mentari Airlines, beroperasi sebagai Lion Air, ialah syarikat penerbangan tambang murah yang terbesar di Indonesia.[1] Mula beroperasi pada 30 Jun 2000, Lion Air terbang ke Arab Saudi, Malaysia Singapura dan Vietnam, selain bandar-bandar di dalam Indonesia, dari pangkalannya di Jakarta.[2]Wings Abadi Air merupakan subsidiari syarikat penerbangan ini.Pada masa lalu, Lion Air ditempatkan di Terminal Dua Sukarno-Hatta bersama dengan penerbangan antarabangsa yang lain, sedangkan penerbangan domestik ditempatkan di Terminal Satu. Peletakan Lion Air di Terminal Dua memberi kemudahan penerbangan sambungan kepada para penumpang antarabangsa, selain daripada memberi kemegahan kepada syarikat Lion Air. Sekarang, Lion Air ditempatkan di Terminal Satu bersama penerbangan lainnya.