Lionel_Messi
Lionel_Messi

Lionel_Messi

† Kemunculan (Gol).
Lionel Andrés "Leo" Messi[1][2](Sebutan Sepanyol: [ljoˈnel anˈdɾes ˈmesi]; lahir 24 Jun 1987) adalah seorang pemain bola sepak profesional Argentina yang bermain di posisi penyerang untuk kelab FC Barcelona yang berpangkalan di Sepanyol dan pasukan bola sepak kebangsaan Argentina. Dianggap sebagai pemain terbaik di dunia dan dikenal sebagai pemain terbaik sepanjang zaman, Messi merupakan satu-satunya pemain bola sepak yang memenangi lima anugerah FIFA Ballon d'Or, di mana empat daripadanya dimenangi berturut-turut, dan pemain pertama yang memenangi anugerah bola emas Eropah[3][4]. Bersama kelab FC Barcelona, beliau memenangi empat kejuaraan La Liga, empat kejuaraan UEFA Champions League dan empat kejuaraan Copa del Rey, serta beberapa buah trofi yang lain. Peranannya sebagai penjaring gol prolifik dan perancang yang kreatif membolehkan Messi memegang rekod penjaring gol terbanyak dalam La Liga (349 gol), penjaring gol terbanyak La Liga dalam satu musim (50 gol) dan penjaring gol terbanyak dalam kejuaraan di peringkat benua (73 gol) serta rekod pengumpan (assist) paling banyak dalam La Liga (137) dan dalam Copa América (11). Setakat ini beliau telah menjaring lebih 500 gol di peringkat senior sepanjang kariernya bersama kelab dan negara.Dilahirkan dan dibesarkan di pusat bandar Argentina, Messi telah dikesan mengalami penyakit berkaitan kekurangan hormon pertumbuhan (GHD) semasa kecil. Pada umur 13 tahun, beliau berpindah ke Sepanyol untuk menyertai kelab Barcelona, yang bersetuju untuk membantu membayar bil-bil perubatannya. Selepas perkembangan pantas beliau dalam pasukan akademi Barcelona, Messi melakukan debut kompetitif pertamanya pada umur 17 tahun pada bulan Oktober 2004. Walaupun beliau kerap mengalami kecederaan di awal kariernya, beliau mengembangkan bakatnya dan merupakan pemain penting kelab selepas tiga tahun, mengakhiri tahun 2007 sebagai finalis untuk anugerah Ballon d'Or dan Pemain Terbaik Dunia FIFA, pencapaian yang sama diulangnya untuk tahun berikutnya. Tahun pertama beliau tanpa kecederaan hadir semasa musim 2008-09, di mana Messi membantu Barcelona mendapatkan treble pertama dalam sejarah bola sepak di Sepanyol. Pada umur 22 tahun, Messi memenangi anugerah Ballon d'Or dan Pemain Terbaik Dunia FIFA dengan undian terbanyak.Tiga musim dengan kejayaan yang dikecapi, dengan Messi memenangi tiga penganugerahan FIFA Ballons d'Or berturut-turut, termasuklah yang keempat. Kempen peribadi terbaik beliau adalah pada musim 2011-12, di mana beliau mencatatkan rekod sebagai penjaring gol terbanyak untuk La Liga dan di peringkat Eropah dalam satu musim, disertai dengan penjaring terbanyak Barcelona sepanjang zaman dalam perlawanan rasmi pada bulan Mac 2012. Dua musim berikutnya menyaksikan Messi bergelut dengan beberapa siri kecederaan yang menyebabkan beliau terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua di belakang Cristiano Ronaldo untuk anugerah Ballon d'Or, yang juga merupakan pesaing terdekatnya. Messi kemudiannya mendapat kembali sentuhan tajamnya pada musim 2014-15, memecahkan rekod sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam La Liga dan Champions League pada bulan November 2014, dan membantuk Barcelona mendapatkan kejuaraan treble kedua.Sebagai pemain bola sepak kebangsaan Argentina pula, Messi merupakan penjaring gol terbanyak negara. Di peringkat belia, beliau memenangi Piala Dunia Remaja FIFA 2005, bersama dengan anugerah kasut emas dan bola emas, memenangi pingat emas dalam acara bola sepak Sukan Olimpik 2008. Selepas melakukan debut senior pertama beliau pada bulan Ogos 2005, Messi merupakan pemain Argentina termuda untuk bermain dan menjaringkan gol semasa kejohanan Piala Dunia FIFA 2006 berlangsung, dan mara ke perlawanan akhir Copa América 2007, di mana beliau dinamakan sebagai pemain muda terbaik kejohanan. Messi diberi penghormatan sebagai kapten pasukan kebangsaan pada bulan Ogos 2011, dan sejak itu beliau memimpin pasukan Argentina untuk tiga perlawanan akhir berturut-turut; Piala Dunia FIFA 2014, di mana beliau juga memenangi anugerah bola emas, serta kejohanan Copa América 2015 dan 2016. Beliau dilabel sebagai "pemain terbaik sepanjang zaman" oleh beberapa lagenda bolasepak.

Rujukan

WikiPedia: Lionel_Messi http://www.thenational.ae/sport/football/who-knew-... http://backpagefootball.com/where-it-all-began-for... http://www.bbc.com/sport/0/football/13179184 http://www.bbc.com/sport/0/football/13576522 http://www.bdfutbol.com/en/p/j1753.html?temp=2003-... http://www.bdfutbol.com/en/p/j1753.html?temp=2004-... http://www.bdfutbol.com/en/p/j1753.html?temp=2005-... http://www.bdfutbol.com/en/p/j1753.html?temp=2006-... http://www.bdfutbol.com/en/p/j1753.html?temp=2007-... http://www.bdfutbol.com/en/p/j1753.html?temp=2008-...