Lipis
Lipis

Lipis

Daerah Lipis terletak di barat laut negeri Pahang merupakan daerah ketiga terbesar di Pahang selepas Jerantut dan Rompin. Di daerah ini terletak bandar Kuala Lipis yang merupakan bekas ibu negeri Pahang. Sebuah daerah yang kaya dengan tinggalan sejarah dan sumber bumi. Walaupun pernah dilupakan seketika,kini daerah Lipis kembali mendapat suntikan untuk pembanguan sosio-ekonomi.
Kuala Lipis terletak dipertemuan Sungai Jelai dengan Sungai Lipis dan merupakan ibu negeri Pahang yang pertama mulai tahun 1898 sebelum dipindahkan ke Kuantan pada tahun 1955.Ketika zaman penjajahan, British telah membina jalan asas yang menghubungkan Kuala Lipis dengan Kuala Lumpur sejauh 130 batu pada tahun 1890 bagi memudahkan pihak penjajah membawa keluar hasil bumi daerah ini.Bandar Kuala Lipis telah berkembang pesat sebagai pusat perdagangan di negeri Pahang dengan industri utamanya iaitu perlombongan bijih dan emas.Pada tahun 1920, kerajaan British telah membina landasan keretapi yang menghubungkan Kuala Lipis dengan Gemas hingga ke Johor bertujuan untuk memudahkan pengangkutan hasil bijih ke pelabuhan. Kesan daripada penjajahan British masih dapat dilihat pada bangunan-bangunan Kolonial di sekita Bandar Kuala Lipis seperti Rumah Rehat Bukit Residen, Kompleks Pejabat Kerajaan, Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Pahang Club dan lain-lain yang mana jelas memaparkan senibina Kolonial yang membuktikan bahawa suatu ketika dahulu pihak penjajah British pernah menduduki dan mentadbir Kuala Lipis.Siti Nurhaliza merupakan antara tokoh yang berasal dari Lipis.Lipis juga kaya dengan keindahan flora dan fauna, antara tarikan pelancong yang berlatarkan alam sekitar seperti Empang Jaleh, Taman Negara Sungai Relau dan Sungai Jelai.Sebagai sebuah daerah yang membangun, masih belum terdapat pusat membeli belah mega seperti di ibukota. Pasaraya, pekan sehari dan peruncit merupakan destinasi utama untuk penduduk di sini berbelanja.Tempoyak merupakan bahan masakan yang sinonim dengan negeri Pahang, di Lipis tidak terkecuali. Walaupun masyarakat umum mengenali tempoyak menerusi gulai masak ikan patin, tetapi di Lipis tempoyak digunakan dalam masakan yang berbagai seperti gulai ayam, gulai tulang dan serondeng.

Lipis

Pegawai daerah Dato' Abu Jamal Bin Nordin
Pejabat daerah Kuala Lipis