Lira_(buruj)
Lira_(buruj)

Lira_(buruj)

Lira atau Lyra (Lyr; perkataan bahasa Latin untuk lira, daripada λύρα, lýra bahasa Yunani)[2] ialah sebuah buruj kecil. Buruj ini merupakan salah sebuah daripada 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, dan merupakan salah sebuah daripada 88 buah buruj yang diiktiraf oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa. Bintang utamanya, Vega (Abhijit dalam bahasa Sanskrit), salah satu sudut Segi Tiga Musim Panas, ialah salah sebuah bintang tercerah di langit. Bermula di utara, Lyra disempadani oleh Draco (Naga), Hercules (Herkules), Vulpecula (Rubah), dan Cygnus (Undan).[3]Lyra boleh dilihat dari hemisfera utara musim bunga melalui musim luruh, dan hampir mengatas, pada garis lintang sederhana, semasa musim panas. Dari hemisfera selatan, buruj ini terlihat rendah di langit utara semasa musim sejuk.[petikan diperlukan]

Lira_(buruj)

Bintang utama 5
Bintang terang (lebih daripada 3.00m) 1
Bintang dalam 10.00 pc(32.62 ly) 3
Objek Messier 2
Bintang Bayer/Flamsteed 25
Sebutan /lira/, genitif /lire/
Bintang terhampir 2MASS J18353790+3259545
(45.45 tc, 5.67 pc)
Bintang dengan planet 62
Nama Latin Lyra
Genitif Lyrae
Pancuran meteor
Singkatan Lyr
Keluasan 286 darjah persegi (ke-52)
Bintang paling terang Vega (α Lyr) (0.03m)
Keserongan +40
Keluarga Herkules
Buruj bersempadan
Simbolisme Lira atau Hap
Jarak hamal 19
Sukuan NQ4