Sejarah Litar_bersepadu

Geoffrey W.A. Dummer, seorang ahli sains radar di Kementerian Pertahanan Kerajaan British merupakan pencetus idea untuk "litar elektrik sepadu" pada 7 Mei 1952. Pada tahun 1956, beliau cuba membina litar tersebut, tetapi malangnya tidak berjaya dalam pelaksanaannya.

Litar bersepadu yang pertama dihasilkan pada 6 Februari 1959 oleh Jack Kilby daripada syarikat Texas Instruments. Pada masa itu, litar itu diperbuat daripada germanium. Kilby menerima paten untuk ciptaannya, iaitu US3138743, US3138747, US3261081, dan US3434015. Robert Noyce dari syarikat Fairchild Semiconductor pula telah dianugerahkan hak cipta asal (paten) pada 25 April 1961 untuk sebuah unit litar bersepadu yang lebih kompleks yang diperbuat daripada silikon.

Terdapat beberapa jenis dan generasi litar bersepadu: