Liukan
Liukan

Liukan

Liukan merupakan perubahan orientasi paksi perputaran sesebuah jasad yang berputar. Dalam rangka rujukan yang bersesuaian ia boleh ditentukan sebagai perubahan dalam sudut Euler yang pertama, sedangkan sudut Euler yang ketiga menentukan putarannya. Dalam erti kata lain, paksi perputaran jasad yang meliuk itu mengitari satu lagi paksi. Pergerakan yang mana sudut Euler kedua berubah itu dipanggil egahan atau nutasi. Dalam bidang fizik terdapat dua jenis liukan, iaitu yang bebas tork dan yang teraruh tork.Dalam bidang astronomi, "liukan" bermaksud sebarang perubahan perlahan pada parameter perputaran atau orbit sesebuah jasad samawi, terutamanya liukan ekuinoks Bumi.

Rujukan

WikiPedia: Liukan http://books.google.com.au/books?id=aXCBlHOtO3kC&p... http://www.sfu.ca/~boal/211lecs/211lec26.pdf http://books.google.com/books?id=qXvESNWrfpUC&prin... https://en.wikipedia.org/wiki/File:Earth_precessio... https://en.wikipedia.org/wiki/File:Equinox_path.pn... https://en.wikipedia.org/wiki/File:Gyroscope_prece... https://en.wikipedia.org/wiki/File:Gyroscopic_prec... https://en.wikipedia.org/wiki/File:Precessing_Kepl... https://en.wikipedia.org/wiki/File:Precession_N.gi...