Live CD atau
Live DVD ialah sekeping
CD atau
DVD yang mengandungi sistem pengendalian komputer yang boleh
dibutkan darinya. Live CD ini adalah unik kerana mampu menjalankan sebuah sistem pengendalian yang lengkap lagi terkini dalam sesebuah komputer yang tiada
storan sekunder berubah-ubah, seperti pemacu cakera keras. Pemacu kilat
Live USB serupa fungsinya dengan Live CD, tetapi selalu ditambah kefungsian menulis balik perubahan ke dalam medium butnya secara automatik dan telus.Istilah "live" bersempena kenyataan bahawa CD ini mengandungi sistem pengendalian yang lengkap, berfungsi dan boleh dikendalikan dalam wahana edaran. Biarpun Live CD biasanya tidak mengubah apa-apa dalam sistem pengendalian atau fail-fail yang sedia ada dalam cakera keras, namun kebanyakannya disertakan mekanisme dan utiliti untuk mengubah cakera keras komputer hosnya, termasuk sekali pemasangan kekal. Ini adalah penting untuk aspek pengurusan sistem live CD, seperti pembanterasan virus, pengimbasan pemacu, dan pemulihan sistem.Pilihan asalnya adalah membolehkan pengguna mengembalikan komputer kepada keadaan sebelumnya apabila live CD dikeluarkan dan komputernya dibut semula. Live CD boleh berjalan tanpa pemasangan kekal dengan meletakkan fail-fail yang biasanya disimpan dalam cakera keras, ke dalam
RAM-nya, biasanya dalam bentuk
cakera RAM, tetapi ini boleh mengurangkan jumlah RAM yang tersedia untuk kegunaan aplikasi, lantas sedikit sebanyak mengurangkan prestasi. Tepat pada tahun 2007, live CD tertentu menjalangkan
GUI yang memakan RAM sekecil 32MB.