Liyana_Jasmay
Liyana_Jasmay

Liyana_Jasmay

Liyana binti Jasmay (lahir 28 Mac 1988)[lower-alpha 1] ialah seorang pelakon, penyanyi dan usahawan wanita Malaysia.[1][2][3] Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 1997 dengan membuat kemunculan sulungnya dengan membawakan peranan kecil menerusi drama Si Lembik arahan Aznil Nawawi sebelum melangkah ke peranan utama menrerusi drama termasuk KAMI The Series (2007), Puaka Niyang Rapik (2008-2009), Zati dan Si Mawas (2009) dan Ponti Anak Remaja (2010). Beliau membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem Castello (2006). Liyana telah berlakon dalam beberapa filem pecah panggung termasuk KAMI The Movie (2008), Maut (2009), Papadom (2009), Pisau Cukur (2009), Niyang Rapik (2010) dan Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011) dan terbaru, Bella & Jamie (2017). Liyana melancarkan kerjaya muziknya pada 2009 menerusi single sulung "Aku Tak Percaya Cinta" dan seterusnya melancarkan album EP pertama, LJ (2010) yang merupakan singkatan bagi namanya diterbitkan oleh Alibi Music.[4]Liyana telah meraih pelbagai anugerah dan pencalonan dalam bahagian televisyen dan filem termasuk Festival Filem Malaysia, Anugerah Skrin, Anugerah Shout!, dua pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi Pelakon Filem Wanita Popular dan lain-lain. Selain itu, beliau turut mengembangkan lagi profilnya sebagai selebriti dengan menjadi penerbit televisyen dengan menubuhkan syarikatnya, Mermaid Studios yang mengkhususkan kepada penerbitan rancangan televisyen dan sebagai usahawanita dengan menubuhkan Mermaid Luxe dan Mermaid Store pada 2015. Pada Mac 2017, Liyana meraikan 20 tahun kerjayanya sebagai pelakon.[5]

Liyana_Jasmay

Pekerjaan Pelakon, penyanyi, duta produk, usahawanita, penerbit televisyen
Ibu bapa Jasmay Md Shah (bapa)
Habsah Simpon (ibu)
Pasangan Fathuddin Mazlan (k. 2013)
Anak Sofiah Arissa Fathuddin
Selena Fathuddin
Tahun aktif 1997–kini
Nama lain LJ, Nana
Instrumen Vokal
Syarikat rakaman Alibi Music (2010-2012)
Mermaid Studio (2012-kini)
Pendidikan Diploma Seni Persembahan
Saudara Adriana Jasmay (kakak)
Kelahiran (1988-03-28) 28 Mac 1988 (umur 31)
Kuantan, Pahang, Malaysia
Genre
Tahun aktif 2009–kini
Pusat pendidikan Universiti Sunway
Kediaman Kuala Lumpur

Rujukan

WikiPedia: Liyana_Jasmay http://www.harnas.co/2017/02/07/peruntungan-baru-l... http://www.budiey.com/drama-mini-ponti-anak-remaja... http://www.budiey.com/filem-sindiket/ http://www.budiey.com/trailer-dan-sinopsis-drama-l... http://galaksi-media.com/hiburan-ny-cinta-supertel... http://www.imdb.com/name/nm2885232/ http://www.limauais.com/sinopsis-filem-senjakala-l... http://www.liyanajasmay.com/ http://nurizspace.com/2013/09/ny-cinta-lakonan-bro... http://www.ohbulan.com/14-foto-terbaru-liyana-jasm...