Logamaya
Logamaya

Logamaya


Logamaya merupakan sejenis fenomena optik semula jadi yang mana sinaran cahaya dilenturkan untuk menghasilkan gambaran objek jauh atau langit yang palsu.Berbeza dengan halusinasi, logamaya merupakan fenomena optik sebenar yang boleh dirakam dalam kamera, kerana sinar-sinar cahaya dibiaskan untuk membentuk imej palsu di kedudukan pemerhati. Namun demikian, gambaran yang ditampilkan oleh imej itu ditentukan oleh daya tafsir minda manusia. Misalnya, logamaya bawah di atas darat sangat mudah disalah anggap sebagai pantulan dari sejasad air yang kecil.Logamaya terdiri daripada jenis "bawah", "atas" dan "Fata Morgana", iaitu sejenis logamaya atas yang terdiri daripada serantaian imej yang ditimbun secara menegak dan luar biasa perinciannya sehingga membentuk satu logamaya yang cepat berubah bentuk.