Logistik

Logistik adalah pengurusan aliran sumber (bahan mentah, produk, ubat-ubatan, peralatan, makanan, maklumat, serbuk dan juga tenaga) dari lokasi ianya diwujudkan hingga ke destinasi penguna atau pembeli. Ini bermakna bahan tersebut mungkin diwujudkan di Belanda dan disalurkan ke Malaysia melalui sistem Logistik ini. Aktiviti logistik fizikal selalunya disusuli dengan integrasi maklumat seperti pengendalian produk, produksi, pembungkusan, inventori, pengangkutan, pergudangan dan keselamatan. Kerumitan proses Logistik ini boleh dipermudahkan dengan perisian teknologi yang serba canggih dizaman ini yang membolehkan analisa, pergerakan dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan inventori dikawal dengan rapi serta tepat. Secara tak langsung, kemudahan perisian ini membolehkan syarikat logistik dan pembeli atau penguna berkomunikasi dan berkongsi maklumat produk dengan lebih tangkas dan tepat. Selain itu, pihak pengurusan syarikat juga dapat mengurus operasi Logistik dengan lebih sistematik dan dan dikawal selia oleh perisian yang serba automatik ini.