Lohong_hitam
Lohong_hitam

Lohong_hitam

Lohong hitam atau lubang gelap adalah tumpuan jisim dengan medan graviti yang sungguh kuat hinggakan halaju lepasan berhampiran dengan lohong hitam melebihi kelajuan cahaya. Ini membayangkan bahawa tiada sesuatu bendapun, termasuk cahaya, mampu melepasi gravitinya, dengan itu istilah "hitam/gelap". Istilah "lubang gelap" digunakan secara meluas, walaupun teori itu tidak merujuk kepada sebarang lubang dalam bentuk biasa. Lohong hitam dijangka oleh teori kerelatifan am. Menurut teori ini, tiada jisim atau maklumat boleh mengalir dari dalam lohong hitam kepada pemerhati yang berada di luar (contohnya, seseorang tidak dapat membawa keluar jisimnya, atau menerima pantulan balik dengan menyinari sumber cahaya seperti lampu suluh, atau mengambil sebarang maklumat mengenai bahan yang masuk ke dalam lubang gelap), walaupun mekanik kuantum mungkin membenarkan pengecualian dari hukum yang tegas ini. Kewujudan lohong hitam dalam alam ini disokong secara teori dan pemerhatian astronomi; walau bagaimanapun, sebahagian kecil pakar fizik tidak bersetuju.

Rujukan

WikiPedia: Lohong_hitam http://www.nature.com/news/3d-simulations-of-colli... http://www.nytimes.com/2019/04/10/science/black-ho... //arxiv.org/abs/1601.01323 //doi.org/10.1093%2Fmnras%2Fstv2982 //doi.org/10.3847%2F2041-8213%2Fab0ec7 http://hubblesite.org/explore_astronomy/black_hole... https://www.bbc.com/news/science-environment-47891... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/2016MNRAS.457..4... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/2019ApJ...875L..... https://www.jpl.nasa.gov/news/news.php?feature=737...