London (
IPA:
/ˈlʌndən/ (
dengar)) ialah ibu kota
England dan
United Kingdom, dan juga
kawasan metropolitan yang terbesar di United Kingdom. London yang terletak dekat
Sungai Thames menjadi sebuah petempatan utama selama lebih dua ribu tahun, dengan
sejarahnya yang bermula dengan penubuhannya oleh kerajaan
Rom yang memanggilnya
Londinium.
[3] Teras purba London, iaitu
Bandaraya London, masih banyak mengekalkan sempadan
Zaman Pertengahannya yang seluas sebatu persegi. Semenjak selewat abad ke-19, nama London turut memaksudkan kota raya yang dibangunkan di keliling teras tersebut.
[4] Sebahagian besar
bandar gabungan ini membentuk
kawasan London
[5] dan kawasan pentadbiran
London Raya[6] yang ditadbir oleh
Datuk Bandar London dan
Dewan Undangan London.
[7]London ialah sebuah
bandaraya global peneraju yang cemerlang dalam bidang seni, perdagangan, pendidikan, hiburan, fesyen, kewangan, kesihatan, media, khidmat profesional, penyelidikan dan pembangunan, pelancongan dan pengangkutan.
[8] Ia merupakan salah sebuah pusat kewangan terbesar di dunia
[9][10][11] dan juga mempunyai
KDNK bandaraya kelima tertinggi di dunia (dan yang terbesar di Eropah).
[12] London pernah disifatkan sebagai ibu kota kebudayaan sedunia.
[13][14] Ia dikunjungi oleh pelancong yang 'paling antarabangsa' di dunia
[15] dan
London Heathrow ialah salah sebuah lapangan terbang yang paling sibuk dengan penumpang antarabangsa.
[16]Dengan 43 buah universiti, London merupakan tumpuan institusi pendidikan tinggi yang terbesar di Eropah.
[17] Pada tahun
2012, London menjadi bandaraya pertama yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas moden sebanyak tiga kali.
[18]London didiami oleh penduduk-penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum, kebudayaan dan agama, serta bertutur dalam lebih 300 bahasa.
[19] Pada Julai 2010, dengan jumlah penduduk rasmi adalah 7,825,200, London Raya merupakan kawasan perbandaran yang paling ramai penduduknya di Kesatuan Eropah,
[2][20] dan diduduki oleh 12.5% jumlah penduduk seluruh United Kingdom.
[21] Kawasan metropolitan London adalah yang terbesar di EU dengan jumlah penduduk yang dianggarkan sekitar 12 juta
[22] hingga 14 juta.
[23] London mempunyai jumlah penduduk teramai antara semua bandar di dunia pada tahun 1831 hingga 1925.
[24]Di London terdapat empat
Tapak Warisan Dunia, iaitu:
Menara London;
Kew Gardens; tapak yang merangkumi
Istana Westminster,
Westminster Abbey, dan
Gereja St Margaret; dan petempatan bersejarah
Greenwich (di mana
Balai Cerap Diraja (Royal Observatory) menandai
Meridian Perdana (garis bujur 0°) dan
GMT).
[25] Antara mercu-mercu tanda lain yang terdapat di London ialah
Istana Buckingham,
London Eye,
Piccadilly Circus,
Gereja Besar St Paul,
Jambatan Tower,
Dataran Trafalgar dan
Stadium Wembley. Di London juga terletaknya pelbagai muzium, balai seni, perpustakaan, tempat bersukan dan tempat-tempat kebudayaan yang sebagainya, termasuk
Muzium British,
National Gallery,
Perpustakaan British,
Wimbledon dan 40 buah panggung.
[26]London Underground ialah rangkaian tren bawah tanah yang tertua di dunia
[27] dan kedua terluas (mengekori
Metro Shanghai).
[28]