Demografi London

Sejajar dengan pengindustrian yang makin pesat, jumlah penduduk London meningkat dengan mendadak sepanjang abad ke-19 dan ke-20, hinggakan pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, London merupakan bandaraya yang paling ramai penduduk di dunia sehingga diatasi oleh New York pada tahun 1925. Jumlah penduduknya memuncak pada 8,615,245 orang pada tahun 1939, sejurus sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua. Terdapat kira-kira 7,556,900 orang penduduk rasmi di London setakat pertengahan tahun 2007[update].[116]

Bagaimanapun, kawasan bandar London menjangkau ke luar sempadan London Raya dan menempatkan 8,278,251 orang penduduk pada tahun 2001,[117] sementara kawasan kotarayanya yang lebih luas diduduki seramai 12 hingga 14 orang.[118] Menurut Eurostat, London merupakan bandaraya dan kawasan metropolitan yang paling ramai penduduknya di Kesatuan Eropah serta yang kedua teramai di Eropah (ataupun ketiga jika Istanbul diambil kira). Pada tahun 1991–2001, London menerima kedatangan bersih 726,000 orang pendatang.[119]

Kawasan London meliputi kawasan seluas 1,579 kilometer persegi (610 bt2). Kepadatan penduduknya adalah 4,542 inhabitants per kilometer persegi (11,760/sq mi),[120] iaitu lebih sepuluh kali ganda daripada mana-mana kawasan lain di Britain.[121] Dari segi kependudukan, London merupakan bandaraya ke-25 terbesar dan kawasan metropolitan ke-18 terbesar di dunia. Ia juga menduduki tempat ke-4 di dunia dari segi jumlah penduduk bilionwan (dolar Amerika Syarikat).[122] London merupakan salah satu bandaraya yang paling mahal di dunia, di samping Tokyo dan Moscow.[123]

Kelompok etnik

Ethnic groups
  • 69.7% Putih
  • 59.5% British Putih
  • 2.2% Irish Putih
  • 8.0% Lain-Lain Putih
  •  
  • 3.5% Peranakan
  • 1.0% Hitam Karibia + Putih
  • 0.5% Hitam Afrika + Putih
  • 1.0% Asia Selatan + Putih
  • 1.0% Lain-Lain Peranakan
  •  
  • 13.2% Asia Selatan
  • 6.2% India
  • 2.8% Pakistan
  • 2.2% Bangladesh
  • 2.0% Lain-Lain Asia Selatan
  •  
  • 10.1% Hitam
  • 5.3% Afrika Hitam
  • 4.0% Karibia Hitam
  • 0.8% Lain-Lain Hitam
  •  
  • 3.5% Asia Timur dan Lain-Lain
  • 1.5% Cina
  • 2.0% Lain-Lain

Menurut Jabatan Statistik Negara, berdasarkan anggaran 2009, 69.7 peratus daripada 7,753,600 penduduk London adalah Putih, yang mana 59.5 peratus keturunan British, 2.2 peratus keturunan Ireland dan 8.0 peratus yang selebihnya "Lain-Lain Putih". Lebih kurang 13.2 peratus adalah keturunan Asia Selatan, iaitu 6.2 peratus India, 2.8 peratus Pakistan, 2.2 peratus Bangladesh dan 2.0 peratus "Lain-Lain Asia". 10.1 peratus penduduk London berkulit Hitam, yang mana 5.3 peratus keturunan Afrika, 4.0 peratus keturunan Karibia dan selebihnya "Lain-Lain Hitam". 3.5 peratus warga London adalah keturunan Peranakan; 1.8 peratus Cina; dan 1.7 peratus dalam kelompok etnik yang lain.[124]

Di seluruh London, kanak-kanak berketurunan Hitam dan Asia mengatasi bilangan kanak-kanak Putih enam lawan empat di sekolah-sekolah awam.[125] Bagaimanapun, kanak-kanak Putih mewakili 62 peratus daripada sejumlah 1,498,700 orang penduduk yang berusia 0 hingga 15 tahun berdasarkan anggaran 2009 ihsan Jabatan Statistik Negara, iaitu 55.7 peratusnya berketurunan British Putih, 0.7 peratus Ireland Putih dan 5.6 peratus adalah lain-lain orang putih.[126] Pada Januari 2005, satu tinjauan kepelbagaian etnik dan agama London mengakui bahawa terdapat 300 bahasa yang dituturkan dan lebih 50 komuniti bukan pribumi yang jumlahnya melebihi 10,000 orang di London.[127] Perangkaan Jabatan Statistik Negara menunjukkan bahawa, setakat 2010[update], jumlah penduduk kelahiran asing di London adalah 2,650,000 orang (33 peratus), meningkat daripada 1,630,000 pada tahun 1997.

Bancian 2001 menunjukkan baahwa 27.1 peratus penduduk London Raya lahir di luar UK.[128]

Agama

Agama di London
AgamaPeratus
Kristian
  
58.2%
Tiada agama
  
15.8%
Tidak menyatakan agama
  
8.7%
Islam
  
8.5%
Hindu
  
4.1%
Yahudi
  
2.1%
Sikh
  
1.5%
Buddha
  
0.8%
Lain-lain
  
0.2%

58.2 peratus warga London mengakui diri mereka sebagai penganut agama Kristian.[129] Ini diikuti oleh mereka yang tidak beragama (15.8 peratus), umat Islam (8.5 peratus), Hindu (4.1 peratus), Yahudi (2.1 peratus), Sikh (1.5 peratus), Buddha (0.8 peratus) dan lain-lain (0.2 peratus), tetapi 8.7 peratus tidak menjawab soalan ini dalam Banci 2001.[129]

London pada pokoknya merupakan sebuah kota Kristian yang banyak sekali gerejanya, terutamanya di Bandaraya London. Gereja Besar St Paul yang terkenal di Bandaraya serta Gereja Besar Southwark di selatan Sungai Thames merupakan pusat pentadbiran Anglikan,[130] sementara kediaman utama Ketua Biskop Canterbury, iaitu biskop utama Gereja England dan Golongan Anglikan seluruh dunia, terletak di Istana Lambeth di Daerah Perbandaran Lambeth.[131]

Upacara-upacara kebesaran kebangsaan dan diraja diadakan di Gereja Besar St Paul atau Westminster Abbey.[132] Abbey itu jangan disamakan dengan Gereja Besar Westminster yang berhampiran, iaitu gereja besar Katolik Rom yang terbesar di England.[133] Walaupun gereja Anglikan banyak, namun jumlah penganut sejati mazhab Anglikan amat rendah. Kehadiran di gereja kian lama kian merosot, menurut perangkaan Gereja England.[134]

Gereja Besar St Paul

Di London juga bertempatnya komuniti Muslim, Hindu, Sikh, dan Yahudi yang besar. Kebanyakan umat Islam tinggal di Tower Hamlets dan Newham; tempat ibadah Muslim yang terpenting ialah Masjid Pusat London di sebelah Taman Regent.[135] Di London juga terletaknya masjid terbesar di Eropah barat, iaitu Masjid Baitul Futuh untuk mazhab Ahmadiyyah.

Komuniti Hindi yang terbesar di London terdapar di kawasan barat laut, iaitu Harrow dan Brent; di Brent letaknya salah sebuah kuil Hindu terbesar di Eropah, iaitu Kuil Neasden.[136] Komuniti Sikh pula tertumpu di London Timur dan juga London Barat di mana letaknya kuil Sikh yang terbesar di dunia luar India.[137]

Majoriti Yahudi British tinggal di London, dan banyak tertumpu di Stamford Hill, Stanmore, Golders Green, Hampstead, Hendon dan Edgware. Saumaah Stanmore dan Canons Park mempunyai keahlian yang teramai di kalangan saumaah-saumaah Ortodoks di Eropah, mengatasi Saumaah Ilford (juga di London) pada tahun 1998.[138]

Rujukan

WikiPedia: London ftp://dossier.ogp.noaa.gov/GCOS/WMO-Normals/RA-VI/... http://www.aci.aero/cda/aci_common/display/main/ac... http://www.shfao.gov.cn/wsb/english/Sister_Cities/... http://www.gov.cn/misc/2006-04/10/content_250542.h... http://www.allmusic.com/explore/style/d204 http://www.blackwell-synergy.com/doi/pdf/10.1111/1... http://www.britishpathe.com/workspace.php?id=2449&... http://www.channel4.com/history/microsites/H/histo... http://www.channel4.com/history/microsites/H/histo... http://money.cnn.com/2004/06/11/pf/costofliving/