Ekonomi London

Bandaraya London merupakan salah sebuah pusat kewangan terbesar di dunia di samping Bandaraya New York.[10][11]

London menjana kira-kira 20 peratus KDNK UK[139](atau $446 bilion pada 2005); sementara ekonomi kawasan metropolitan London, iaitu yang terbesar di terbesar di Eropah, menjana kira-kira 30 peratus KDNK UK (atau kira-kira $669 bilion pada 2005).[140] London merupakan salah sebuah pusat kewangan terunggu di dunia, dan menandingi Bandaraya New York sebagai pusat kewangan antarabangsa yang paling terkemuka.[141][142]

Industri terbesar di London ialah sektor kewangan, sementara eksport kewangannya menjadikan bandaraya ini sebagai penyumbang utama kepada imbangan pembayaran UK. Sekitar 325,000 orang bekerja dalam perkhidmatan kewangan di London setakat pertengahan tahun 2007. Lebih daripada 480 bank luar negara beroperasi di London, iaitu lebih daripada mana-mana bandaraya di dunia. Kini, lebih 85% (3.2 juta) tenaga kerja London raya bekerja dalam sektor perkhidmatan. Oleh sebab peranan globalnya yang terpenting, ekonomi London turut terjejas oleh krisis kewangan yang tercetus pada akhir 2000-an. Di Bandaraya London terletaknyaBank of England, London Stock Exchange, dan pasaran insurans Lloyd's of London.

Lebih separuh daripada 100 syarikat tersenarai yang terunggul di UK (FTSE 100)[143] dan lebih 100 daripada 500 syarikat terbesar di Eropah beribu pejabat di pusat bandaraya London. Lebih 70 peratus syarikat-syarikat FTSE 100 terletak di dalam kawasan metropolitan London, dan 75 peratus syarikatFortune 500 membuka pejabat di London.[144]

Canary Wharf merupakan sebuah pusat perniagaan dan kewangan utama di dunia, dan juga tempat letaknya antara bangunan-bangunan tertinggi di UK.

Di samping perkhidmatan profesional, syarikat-syarikat media UK tertumpu di London, maka industri pengedaran media merupakan sektor kedua paling kompetitif di London.[145] Antara yang ramai mengambil kerja penggiat media termasuk syarikat-syarikat penyiaran awam BBC, mahupun penyiar-penyiar swasta. Kebanyakan surat khabar edaran seluruh negara disunting di London. London merupakan sebuah pusat peruncitan utama, dan pada tahun 2010 ia merupakan bandar mencatat jualan peruncitan bukan makanan yang tertinggi di dunia dengan jumlah perbelanjaan sekitar £64.2 bilion.[146] Pelabuhan London adalah yang kedua terbesar di United Kingdom, mengendalikan 45 milion tan barang dagangan setiap tahun.[147]

London mempunyai lima buah daerah perniagana utama, iaitu Bandaraya, Westminster, Canary Wharf, Camden & Islington dan Lambeth & Southwark. London turut mencatat antara harga-harga harta tanah yang tertinggi di dunia.[148][149]

Pelancongan

Muzium Sejarah Alam

Pelancongan merupakan salah satu industri utama di London yang mengambil tenaga kerja seramai 350,000 orang petugas sepenuh masa pada tahun 2003,[150] sementara perbelanjaan pelancong tahunan berjumlah sekitar £15 bilion.[151] Dengan menarik seramai 14 juta pelancong luar negeri setiap tahun, London merupakan bandaraya yang paling ramai pengunjungnya di dunia.[15] London menarik seramai 27 juta pelawat bermalam setiap tahun.[152]

Pada tahun 2010, 10 tarikan yang paling ramai pengunjungnya di London adalah seperti berikut:[153]

  1. Muzium British
  2. Tate Modern
  3. National Gallery
  4. Muzium Sejarah Alam
  5. London Eye
  6. Muzium Sains
  7. Muzium Victoria dan Albert
  8. Muzium Maritim Negara
  9. Madame Tussauds
  10. Menara London
"Tower Bridge"- salah satu simbol terkenal di London

Rujukan

WikiPedia: London ftp://dossier.ogp.noaa.gov/GCOS/WMO-Normals/RA-VI/... http://www.aci.aero/cda/aci_common/display/main/ac... http://www.shfao.gov.cn/wsb/english/Sister_Cities/... http://www.gov.cn/misc/2006-04/10/content_250542.h... http://www.allmusic.com/explore/style/d204 http://www.blackwell-synergy.com/doi/pdf/10.1111/1... http://www.britishpathe.com/workspace.php?id=2449&... http://www.channel4.com/history/microsites/H/histo... http://www.channel4.com/history/microsites/H/histo... http://money.cnn.com/2004/06/11/pf/costofliving/