Geografi London

Pandangan angkasawan terhadap London

Skop

Peta pusat bandaraya London

London Raya merupakan subbahagian pentadbiran tahap tinggi yang merangkumi London. Dahulu, semua petempatan hanya terlingkung dalam Bandaraya London kuno yang kecil iaitu teras London masa kini, tetapi disebabkan pembangunan kawasan bandar, Perbadanan Bandaraya menolak cubaan untuk menggabungkannya dengan kawasan-kawasan pinggirannya. Oleh yang demikian, kawasan yang sebetulnya tergolong dalam "London" adalah berbeza mengikut konteks.[75] 40 peratus London Raya diliputi oleh daerah pos London, di mana semua alamat posnya tertulis 'LONDON'.[76][77]

Kod kawasan telefon London (020) lebih luas lingkungannya, lebih kurang sebesar London Raya, tetapi terkecuali beberapa daerah pinggiran dan juga terangkum daerah-daerah di luar sempadannya. Kawasan dalam lingkungan lebuh raya pekeliling M25 juga sering dianggap sebagai 'London' yang sebetulnya,[78] apatah lagi sempadan London Raya juga dijajarkan dengan lebuh raya itu di sesetengah tempat.[79]

Status

Dalam lingkungan London, kedua-dua Bandaraya London dan Bandaraya Westminster bertaraf bandaraya, dan kedua-dua Bandaraya London dan kawasan London Raya yang selebihnya merupakan dua kaunti istiadat yang berasingan.[80] Lingkungan masa kini London Raya merangkumi kawasan-kawasan yang pernah menganggotai kaunti-kaunti Middlesex, Kent, Surrey,Essex dan Hertfordshire.[81]Taraf London selaku ibu kota England dan seterusnya United Kingdom tidak pernah dikurniakan atau disahkan secara rasmi secara statut mahupun bertulis.[note 1]

Kedudukan London sebagai ibu negara de facto terbentuk secara resam perlembagaan yang termaktub dalam perlembagaan tak bertulis UK. Ibu negara England berpindah ke London dari Winchester apabila Istana Westminster berkembang menjadi penempatan tetap kerabat diraja pada abad-abad ke-12 dan ke-13, oleh itu London menjadi pusat pemerintahan negara.[85] Dewasa ini, London Raya ditetapkan sebagai sebuah kawasan di England yang dikenali sebagai London dalam konteks ini.[5]

Topografi

London Raya meliputi kawasan seluas 1,583 kilometer persegi (611 bt2) yang diduduki 7,172,036 orang penduduk pada tahun 2001 dengan kepadatan 4,542 inhabitants per kilometer persegi (11,760/sq mi). Lingkungan lebih luas yang dipanggil Kawasan Metropolitan London (London Metropolitan Region atau London Metropolitan Agglomeration) pula meliputi kawasan seluas 8,382 kilometer persegi (3,236 bt2) dengan 12,653,500 orang penduduk dan kepadatan1,510 inhabitants per kilometer persegi (3,900/sq mi).[86] Ciri muka bumi utama di kota London moden ialah Sungai Thames, sebatang sungai yang boleh dilayari kapal dan merentasi kota dari barat daya ke timur. Lembah Thames ialah sebidang dataran banjir yang dikelilingi oleh bukit-bukau beralun landai yang merangkumi Bukit Parlimen, Bukit Addington, dan Bukit Primrose. Sungai Thames dahulu lebih luas dan lebih cetek dengan kawasan rawa yang luas; ketika air pasang, pesisirnya mencecah lima kali lebarnya masa kini.[87]

Sejak zaman Victoria, sungai Thames menjalani proses penambakan yang menyeluruh, sehingga kebanyakan cawang-cawangnya di London kini mengalir di bawah tanah. Oleh sebab air Sungai Thames berpasang surut, London terdedah kepada banjir.[88] Ancaman banjir itu semakin menjadi-jadi sepanjang zaman disebabkan oleh takat air pasang yang beransur-ansur meningkat yang disebabkan oleh tanah Britain yang 'menyenget' secara perlahan (ke arah atas di utara dan ke arah bawah di selatan) kesan pantulan pascaglasier.[89]

Pada tahun 1974, bermulanya kerja pembinaan Perintang Thames selama sedekad di sepanjang Sungai Thames di Woolwich untuk menangani ancaman ini. Sungguhpun perintang tersebut diharapkan berjalan seperti yang diharapkan sehingga kira-kira tahun 2070, namun rancangan untuk memperbesar perintang itu sudah pun dibincangkan.[90]

Iklim

Carta iklim untuk London
JFMAMJJOSOND
 
 
55
 
8
2
 
 
41
 
8
2
 
 
42
 
11
4
 
 
44
 
14
6
 
 
49
 
19
9
 
 
45
 
21
12
 
 
45
 
24
14
 
 
50
 
23
14
 
 
49
 
20
11
 
 
69
 
16
8
 
 
59
 
11
5
 
 
55
 
8
3
Suhu purata dalam °C
Jumlah hujan dalam mm
Penukaran imperial
JFMAMJJOSOND
 
 
2.2
 
47
36
 
 
1.6
 
47
36
 
 
1.6
 
53
39
 
 
1.7
 
58
42
 
 
1.9
 
65
48
 
 
1.8
 
70
54
 
 
1.8
 
76
58
 
 
1.9
 
74
57
 
 
1.9
 
68
53
 
 
2.7
 
60
47
 
 
2.3
 
52
41
 
 
2.2
 
47
37
Suhu purata dalam °F
Jumlah hujan dalam inci

London mengalami iklim kelautan sederhana yang serupa dengan kebanyakan kawasan selatan Britain. Biarpun dikenali ramai sebagai kota yang sering dilimpahi hujan, namun yang menariknya, London kurang menerima kerpasan setahun berbanding Rome pada 834 mm (32.8 in), mahupun Bordeaux pada 923 mm (36.3 in).[91] Musim sejuk di situ pada umumnya agak dingin hingga terbentuknya ibun di kawasan pinggir bandar pada purata dua kali seminggu pada bulan November hingga March. Salji biasanya turun sekitar 4 atau 5 kali seminggu pada bulan Disember hingga Februari. Jarang sekali salji turun pada bulan Mac dan April tetapi demikianlah setiap 2–3 tahun. Suhu musim sejuk jarang turun ke bawah paras −4 °C (24.8 °F) mahupun mencecah 14 °C (57.2 °F).Musim panasnya pada umumnya hangat, adakalanya terik, dengan haba yang didatangkan oleh kesan pulau haba bandar yang menyebabkan pusat bandaraya London mampu mencapai 5°C (9°F) lebih panas daripada pinggir bandar. Suhu purata musim panas London adalah 24 °C (75.2 °F). Secara purata, terdapat 7 hari setahun yang melebihi 30 °C (86.0 °F) dan 2 hari setahun yang melebiji 32 °C (89.6 °F). Suhu 26°C (80°F) biasanya terjadi sekali seminggu mulai pertengahan bulan Jun hingga akhir bulan Ogos.

Data iklim untuk London (Greenwich)
BulanJanFebMacAprMeiJunJulOgoSepOktNovDisTahun
Rekod tertinggi °C (°F)14.0
(57.2)
16.0
(60.8)
21.0
(69.8)
26.9
(80.4)
31.0
(87.8)
35.0
(95)
35.5
(95.9)
37.9
(100.2)
30.0
(86)
28.8
(83.8)
19.0
(66.2)
15.0
(59)
37.9
(100.2)
Purata tinggi °C (°F)8.1
(46.6)
8.4
(47.1)
11.4
(52.5)
14.2
(57.6)
17.9
(64.2)
21.1
(70)
23.5
(74.3)
23.2
(73.8)
19.9
(67.8)
15.6
(60.1)
11.2
(52.2)
8.3
(46.9)
15.2
(59.4)
Purata rendah °C (°F)2.3
(36.1)
2.1
(35.8)
3.9
(39)
5.5
(41.9)
8.7
(47.7)
11.7
(53.1)
13.9
(57)
13.7
(56.7)
11.4
(52.5)
8.4
(47.1)
4.9
(40.8)
2.7
(36.9)
7.4
(45.3)
Rekod terendah °C (°F)-10.0
(14)
-9.0
(15.8)
-8.0
(17.6)
-2.0
(28.4)
-1.0
(30.2)
5.0
(41)
7.0
(44.6)
6.0
(42.8)
3.0
(37.4)
-4.0
(24.8)
-5.0
(23)
-7.0
(19.4)
-10.0
(14)
Kerpasan mm (inci)55.2
(2.173)
40.8
(1.606)
41.6
(1.638)
43.6
(1.717)
49.3
(1.941)
44.9
(1.768)
44.5
(1.752)
49.5
(1.949)
49.1
(1.933)
68.5
(2.697)
59.0
(2.323)
55.0
(2.165)
601.5
(23.681)
Curahan salji cm (inci)24.4
(9.61)
10.8
(4.25)
2.7
(1.06)
0.4
(0.16)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0.2
(0.08)
8.2
(3.23)
46.7
(18.39)
Kelembapan91899190929293959695939192.3
Purata hari hujan (≥ 1 mm)10.98.19.89.38.58.47.07.28.79.39.310.1106.6
Purata hari salji44310000001316
Jam cahaya matahari45.966.1103.2147.0185.4180.6190.3194.4139.2109.760.637.81,460.2
Sumber #1: Rekod tertinggi dan terendah BBC Weather,[92] kecuali maksimum Ogos dari Met Office[93]
Sumber #2: Semua data lain dari Met Office,[94] kecuali data kelembapan dan salji dari NOAA[95]

Daerah

Rencana utama: Daerah di London
Bandaraya London dan 32 daerah perbandaran London
  1. Bandaraya London
  2. Bandaraya Westminster
  3. Kensington & Chelsea
  4. Hammersmith & Fulham
  5. Wandsworth
  6. Lambeth
  7. Southwark
  8. Tower Hamlets
  9. Hackney
  10. Islington
  11. Camden
  12. Brent
  13. Ealing
  14. Hounslow
  15. Richmond
  16. Kingston
  17. Merton
  1. Sutton
  2. Croydon
  3. Bromley
  4. Lewisham
  5. Greenwich
  6. Bexley
  7. Havering
  8. Barking dan Dagenham
  9. Redbridge
  10. Newham
  11. Waltham Forest
  12. Haringey
  13. Enfield
  14. Barnet
  15. Harrow
  16. Hillingdon

Sejak tahun 1965, London Raya terbahagi kepada 32 daerah perbandaran (boroughs) di samping Bandaraya London kuno.[96][97] Bandaraya London merupakan daerah kewangan utama[98] sementara Canary Wharf dibangunkan menjadi pusat kewangan dan perdagangan di Docklands di rantau timur.

Selain 33 pecahan rasmi ini, London juga terbahagi kepada daerah-daerah yang tidak rasmi seperti Bloomsbury, Mayfair, Wembley dan Whitechapel. Nama-nama ini mungkin sekadar gelaran, mencerminkan nama-nama desa yang diserap oleh peluasan bandar, ataupun unit-unit pentadbiran yang sudah terganti seperti mukim atau bekas daerah. Nama-nama sedemikian masih digunakan sejak turun-temurun untuk memaksudkan kawasan tempatan yang mempunyai ciri tersendiri tetapi tiada sempadan rasmi pada masa sekarang.

Daerah West End merupakan daerah hiburan dan beli-belah utama yang menarik pelancong ke London.[99] Di kawasan barat London letaknya kawasan perumahan serba mahal di mana harta tanah boleh dijual pada harga puluhan juta paun.[100] Purata harga hartanah di Kensington dan Chelsea ialah £894,000 dengan purata perbelanjaan yang serupa di kebanyakan kawasan pusat bandaraya London.[101]

Daerah East End pula merupakan kawasan yang paling dekat dengan tapak Pelabuhan London yang asal. Kawasan itu ramai dengan penduduk pendatang, dan ia juga merupakan salah satu tempat yang paling kurang berada di London.[102] Kebanyakan kegiatan perindustrian terawal digiatkan di kawasan timur London. Kini, tapak-tapak terbiar di seluruh kawasan itu dibangunkan semula oleh projek Thames Gateway, termasuk London Riverside dan Lembah Hilir Lea yang sedang dibangunkan menjadi Taman Olimpik sempena Sukan Olimpik.[102]

Seni bina

30 St Mary Axe, juga dikenali sebagai Gherkin, membayangi St Andrew Undershaft

Bangunan-bangunan di London terlalu beraneka untuk disifatkan dengan mana-mana gaya seni binayang tertentu; antara sebabnya ialah usianya yang berbeza-beza. Sebilangan besar rumah agam dan bangunan awam, misalnya Galeri Negara, dibina daripada batu Portland. Sesetengah kawasan di kota ini, khususnya di sebelah barat pusat bandaraya, dicirikan dengan bangunan berstuko putih atau bercat kapur. Jarang sekali binaan di Pusat Bandaraya London yang wujud sebelum peristiwa Kebakaran Besar pada tahun 1666, iaitu beberapa tinggalan Rom, Menara London dan bangunan-bangunan zaman Tudoryang bertaburan di kota. Bangunan-bangunan sedemikian di kawasan peluaran pula termasuk Istana Hampton Court dari zaman Tudor, iaitu menara Tudor maujud yang tertua di England, yang dibina oleh Kardinal Thomas Wolsey pada sekitar tahun 1515.[103] Gereja-gereja binaan Christopher Wren pada lewat abad ke-17 serta dewan-dewan kewangan dari abad-abad ke-18 dan ke-19 seperti Royal Exchange dan Bank of England, mahupun Old Bailey binaan awal abad ke-20 dan Barbican Estate dari 1960-an merupakan sebahagian daripada warisan warisan seni bina London.

Stesen Janakuasa Battersea yang dibina di tebing sungai barat daya pada tahun 1939 merupakan salah satu mercu tanda setempat. Sesetengah perhentian keretapi merupakan contoh terbaik seni bina Victoria, khususnya St. Pancras dan Paddington.[104] Kepadatan bangunan di London adalah berbeza-beza, dari kepadatan tenaga kerja yang tinggi di pusat bandaraya, kepadatan penduduk tinggi di pedalaman dan kepadatan rendah di peluaran kota.

Tugu Kebakaran Besar London di Bandaraya London bukan sahaja memperingati Kebakaran Besar London yang tercetus di tempat yang berdekatan, bahkan juga menyediakan pemandangan kota yang luas bagi pengunjung yang naik ke puncaknya. Gerbang-gerbang Marble dan Wellington yang masing-masing terletak di hujung utara dan selatan Park Lane, mempunyai kaitan dengan kerabat diraja, begitu juga dengan Albert Memorial dan Royal Albert Hall di Kensington. Nelson's Column ialah sebuah tugu kebangsaan di Dataran Trafalgar, salah satu titik tumpuan pusat bandaraya.

Istana Buckingham merupakan kediaman rasmi raja Britain.

Pembangunan bangunan tinggi dilarang di sesetengah tapak di mana dikhuatiri akan menghalang pemandangan yang terlindung dari Gereja Besar St Paul. Walau apapun, adanya rancangan untuk membina pencakar-pencakar langit di pusat bandaraya London. Bangunan-bangunan yang lebih tua lazimnya dibina dengan batu-bata, terutama sekali bahan London stock brick yang berwarna kuning atau merah kejinggan dan dihiasi dengan ukiran dan acuan lepa putih.[105]

Di kawasan-kawasan yang lebih padat, sebahagian besar penumpuan itu dicapai dengan bangunan tinggi dan sederhana tnggi. Pencakar-pencakar langit di London seperti 30 St Mary Axe, Tower 42, Broadgate Tower dan One Canada Square biasanya ditemui di dua daerah kewangan, yakni Bandaraya London dan Canary Wharf. Bangunan-bangunan moden terkenal yang lain di London termasuk wisma Dewan Bandaraya di Southwark yang menonjol dengan bentuk bujurnya,[106]dan Perpustakaan British di Somers Town/Kings Cross. Tapak yang dahulunya Millennium Dome, terletak di tepi Sungai Thames ke timur Canary Wharf, kini digunakan tempat acara hiburan O2 Arena.

Taman awam

Pemandangan Taman Hyde dari udara.

Taman-taman terbesar di kawasan pusat London ialah Taman-Taman Diraja iaitu Taman Hyde, jirannya Kebun Kensington di hujung barat pusat bandaraya London dan Taman Regent di hujung barat.[107] Di Taman Regent terletaknya Zoo London, iaitu taman haiwan saintifik yang tertua di dunia yang terletak dekat tarikan pelancong Muzium Lilin Madame Tussauds.[108][109]

Dekat lagi dengan pusat London letaknya Taman-Taman Diraja yang lebih kecil, iaitu Taman Green dan Taman St. James.[110] Taman Hyde terkenal khususnya sebagai tempat acara sukan dan konsert terbuka. Di luar pusat bandaraya letaknya sebilangan taman besar, termasuk Taman-Taman Diraja yang masih tinggal di Taman Greenwich di kawasan tenggara[111] dan Taman Bushy dan Taman Richmond di barat daya,[112][113] dan juga Victoria Park, East London di timur. Bukit Primrose di utara Taman Regent ialah tempat pilihan ramai untuk menyaksikan latar langit kota.

Juga terdapat ruang-ruang terbuka yang tidak rasmi dan separa semulajadi, misalnya Hampstead Heath yang seluas 320-hektar (790-ekar) di London Utara.[114] Ini merangkumi Rumah Kenwood, bekas rumah orang besar-besar dan tempat sukaramai yang mengadakan konsert muzik klasikal dekat tasik pada musim panas untuk menarik ribuan pengunjung demi nikmat muzik, pemandangan dan bunga api pada hujung minggu.[115]

Rujukan

WikiPedia: London ftp://dossier.ogp.noaa.gov/GCOS/WMO-Normals/RA-VI/... http://www.aci.aero/cda/aci_common/display/main/ac... http://www.shfao.gov.cn/wsb/english/Sister_Cities/... http://www.gov.cn/misc/2006-04/10/content_250542.h... http://www.allmusic.com/explore/style/d204 http://www.blackwell-synergy.com/doi/pdf/10.1111/1... http://www.britishpathe.com/workspace.php?id=2449&... http://www.channel4.com/history/microsites/H/histo... http://www.channel4.com/history/microsites/H/histo... http://money.cnn.com/2004/06/11/pf/costofliving/