Kebudayaan London

Istirahat dan hiburan

Piccadilly Circus

Di dalam Bandaraya Westminster, terletaknya daerah hiburan West End yang tertumpu di sekitar Dataran Leicester, di mana berlangsungnya tayangan perdana filem sedunia, dan juga Piccadilly Circus yang penuh dengan papan iklan elektronik yang besar-besar belaka.[189]Di sini juga letaknya daerah teater London, di samping banyak pawagam, kedai arak, kelab dan restoran, termasuk daerah Chinatown (di Soho), dan di sebelah timurnya letaknya Covent Garden, sebuah kawasan yang menempatkan kedai-kedai istimewa. Royal Ballet, English National Ballet, Royal Opera dan English National Opera bertapak di London dan membuat persembahan di Royal Opera House, London Coliseum, Sadler's Wells Theatre dan Royal Albert Hall di samping menjelajahi seluruh negara.[190]

Upper Street di Islington yang menjangkau 1 batu (1.6 km) ke utara dari Angel, merupakan jalan raya yang paling banyak kedai arak dan restoran di United Kingdom.[191] Kawasan beli-belah paling sibuk di Eropah ialah Oxford Street yang panjangnya1 batu (1.6 km), oleh itu juga jalan raya beli-belah yang terpanjang di United Kingdom. Di Oxford Street terletaknya sejumlah besar kedai-kedai runcit dan gedung serbaneka, termasuklah cawangan utama Selfridgesyang berprestij.[192] Di sebelah barat daya pula letaknya Knightsbridge di mana letaknya gedungHarrods yang tidak kurang tersohornya.

London adalah tempat tinggal ramai ahli fesyen terkenal seperti Vivienne Westwood, Galliano, Stella McCartney, Manolo Blahnik, dan Jimmy Choo. Maktab-maktab seni dan fesyennya menjadikan London sebuah pusat fesyen antarabangsa di samping Paris, Milan dan New York. London menawarkan pelbagai jenis masakan kerana warga-warganya yang pelbagai latar belakang kebudayaan. Antara tumpuan selera utama di London ialah restoran-restoran Bangladesh di Brick Lane dan kedai-kedai masakan Cinadi Chinatown.[193]

Di London terdapat pelbagai acara tahunan, bermula dengan New Year's Day Parade (Perarakan Hari Tahun Baru) yang agak baru, pertunjukan bunga api di London Eye, parti jalanan kedua terbesar di dunia, tidak lupa juga Karnival Notting Hill yang diadakan pada akhir musim cuti bank Ogos. Antara pesta-pesta tradisional pula ialah Lord Mayor's Show pada bulan November, sebuah acara berabad-abad lamanya yang menyambut pelantikanLord Mayor of the City of London tahunan dengan perarakan di sepanjang jalan-jalanan Bandaraya, serta Trooping the Colour, sebuah pagean tentera rasmi yang diadakan oleh rejimen-rejimen Komanwel dan British pada setiap Jun untuk menyambut Hari Keputeraan Rasmi Ratu.[194]

Kesusasteraan, filem dan televisyen

Rumah Keats, di mana Keats mengarang Ode to a Nightingale. Kampung Hampstead pernah dijadikan sebuah pusat kesasteraan di London.

London telah dijadikan latar tempat untuk pelbagai karya sastera. Pusat-pusat sastera tradisi London ialahHampstead dan Bloomsbury. Antara para sasaterawan yang dikait rapat dengan London ialah Samuel Pepysyang terkenal kerana merakam penyaksiannya terhadap peristiwa Kebakaran Besar,Charles Dickens yang amat mempengaruhi pandangan orang ramai tentang London yang serba berkabut, dingin dan kotor-bolor pada zaman Victoria, dan Virginia Woolf yang disanjungi sebagai salah seorang tokoh sasteramodenis yang paling terkemuka pada abad ke-20.[195]

Dalam karya Canterbury Tales yang dikarang oleh Geoffrey Chaucer pada lewat abad ke-14, para penziarah berangkat ke Canterbury dari rumah tumpangan Tabard di Southwark, London. William Shakespeare menghabiskan sebahagian besar riwayat dan kerjayanya di London. Ben Jonsonyang hidup sezaman dengan Shakespeare juga menetap di London, maka sesetengah karyanya—terutama sekali dramaThe Alchemist—berlatarkan kota in.[195] A Journal of the Plague Year (1722) oleh Daniel Defoe merupakan pengisahan cereka pada peristiwa Wabak Besar 1665.[195] Karya-karya terkemuka yang berlatarkan London pada abad ke-19 datang dalam bentuk novel-novel Dickens, dan juga siri Sherlock Holmes oleh Arthur Conan Doyle.[195] Antara penulis moden yang amat dipengaruhi oleh London ialah Peter Ackroyd, pengarang "biografi" London, dan Iain Sinclair yang berkecimpung dalam bidang psikogeografi.

London merupakan latar bagi filem Oliver Twist (1948), Peter Pan (1953), The Ladykillers (1955), The 101 Dalmatians(1961), Mary Poppins (1964), Blowup (1966), The Long Good Friday(1980), Secrets & Lies (1996), Notting Hill(1999),Match Point (2005), V For Vendetta (2005) dan Sweeney Todd: The Demon Barber Of Fleet Street (2008). Drama lipur lara EastEnders yang mula-mula ditayangkan pada tahun 1985, turut berlatarkan kota ini. London telah memainkan peranan penting dalam industri perfileman, mempunyai studio perfileman utama di Ealing serta komuniti kesan khas danpascapenerbitan yang berpusat di Soho. Working Title Films beribu pejabat di London.[196]

Muzium dan galeri seni

Muzium British.

London merupakan tempat terletaknya banyak muzium, galeri, dan balai-balai yang seumpamanya. Kebanyakannya tidak mengenakan bayaran masukan dan merupakan tarikan pelancong dan juga pusat penyelidikan. Antara yang terawal ditubuhkan ialah Muzium British di Bloomsbury pada tahun 1753. Asalnya mengandungi barang-barang purba, contoh sejarah alam serta perpustakaan negara, muzium ini kini menyimpan 7 juta artifak dari seluruh dunia. Pada tahun 1824, Balai Seni Negara (National Gallery) ditubuhkan untuk menyimpan hasil seni lukis Barat dalam koleksi kebangsaan UK; kini, ia terletak di suatu kedudukan yang menonjol di Dataran Trafalgar. Pada separuh akhir abad ke-19, kawasan South Kensington dibangunkan menjadi daerah kebudayaan dan sains "Albertopolis", di mana terletaknya tiga buah muzium kebangsaan utama, iaitu Muzium Victoria dan Albert (untuk seni gunaan), Muzium Sejarah Alam dan Muzium Sains. Balai seni kebangsaan kesenian British terletak di Tate Britain yang asalnya ditubuhkan sebagai imbuhan bagi Balai Seni Negara pada tahun 1897. Dahulunya dikenali sebagai Balai Seni Tate, ia juga menjadi sebuah pusat kesenian moden utama; pada tahun 2000, koleksi berkenaan dipindahkan ke Tate Modern, sebuah galeri baru yang bertempat di bekas Stesen Janakuasa Bankside.

Muzik

Royal Albert Hall mengadakan konsert dan acara muzik

London merupakan salah sebuah pusat muzik utama di dunia, baik muzik klasikal mahupun popular, dan tempat terletaknya syarikat-syarikat muzik utama seperti EMI dan juga ramai kugiran, ahli muzik dan pakar industri. Di London juga terdapat banyak dewan orkestra dan konsert, misalnya Barbican Arts Centre (tapak utama London Symphony Orchestra), Cadogan Hall (Royal Philharmonic Orchestra) dan Royal Albert Hall (The Proms).[190] Dua buah dewan opera yang utama di London ialah Royal Opera House dan Coliseum Theatre.[190] Organ pipa yang terbesar di UK boleh ditemui di Royal Albert Hall. Alat-alat muzik terpenting yang lain juga terdapat di gereja-gereja besar. Di London terdapat beberapa buah conservatoire, misalnya Royal Academy of Music,Royal College of Music, Guildhall School of Music and Drama dan Trinity College of Music.

The O2 Arena

London mempunyai pelbagai tempat untuk mengacarakan konsert rock dan pop, termasuk arena-arena besar sepertiEarls Court, Wembley Arena dan O2 Arena, di samping beberapa tempat acara bersaiz sederhana seperti Brixton Academy, Hammersmith Apollo danShepherd's Bush Empire.[190] Di London juga letaknya cawangan Hard Rock Cafe yang sulung serta Abbey Road Studios di mana kugiran The Beatles merakam kebanyakan lagu hit mereka. Pada 1970-an dan 1980-an, seniman-seniman muzik seperti Elton John, David Bowie,Queen, Elvis Costello,Cat Stevens, Ian Dury and the Blockheads, The Kinks, The Rolling Stones, The Who,Madness, The Jam, The Small Faces, Led Zeppelin, Iron Maiden, Fleetwood Mac, The Police, The Cure, Squeeze dand Sade, menambat hati seluruh dunia dengan memperoleh bunyi-bunyian mereka dari jalan-jalanan dan irama yang bergetar di seluruh London.[197]

London memainkan peranan penting dalam perkembangan muzik punk,[198] dengan tokoh-tokoh seperti Sex Pistols, The Clash,[197] danVivienne Westwood yang semuanya berpangkalan di kota ini. Antara seniman-seniman terkini yang muncul dari persada muzik London adalah Bananarama, Wham!, Spice Girls, Jamiroquai, Blur, Amy Winehouse,Adele, Coldplay, dan George Michael.[199] London juga merupakan pusat muzik urban, terutamanya genre-genre UK garage,drum and bass, dubstep dan grime yang berevolusi di bandaraya ini daripada genre-genrehip hop dan reggae yang diimport.

Rujukan

WikiPedia: London ftp://dossier.ogp.noaa.gov/GCOS/WMO-Normals/RA-VI/... http://www.aci.aero/cda/aci_common/display/main/ac... http://www.shfao.gov.cn/wsb/english/Sister_Cities/... http://www.gov.cn/misc/2006-04/10/content_250542.h... http://www.allmusic.com/explore/style/d204 http://www.blackwell-synergy.com/doi/pdf/10.1111/1... http://www.britishpathe.com/workspace.php?id=2449&... http://www.channel4.com/history/microsites/H/histo... http://www.channel4.com/history/microsites/H/histo... http://money.cnn.com/2004/06/11/pf/costofliving/