Pemerintahan London

Kerajaan tempatan

Kawasan-kawasan kecil yang ditetapkan oleh Lembaga London RayaLembaga London Raya bertapak di Dewan Bandaraya, Southwark

Pentadbiran London terdiri daripada dua tingkat, iaitu tingkat strategik seluruh bandaraya dan tingkat setempat. Pentadbiran seluruh bandaraya diselaraskan oleh Lembaga London Raya (Greater London Authority, GLA), sementara pentadbiran setempat dilaksanakan oleh 33 buah lembaga yang lebih kecil.[65] GLA terdiri daripada dua komponen yang dipilih umum, iaitu Datuk Bandar London (Mayor) yang memegang kuasa eksekutif, dan Dewan Undangan London (London Assembly) yang meneliti keputusan-keputusan Datuk Bandar serta menerima atau menolak usul belanjawan beliau setiap tahun.

Ibu pejabat GLA ialah Dewan Bandaraya (City Hall) yang terletak di Southwark. Lembaga-lembaga setempat pula merupakan majlis-majlis 32 daerah perbandaran serta Perbadanan Bandaraya London (City of London Corporation).[66] Mereka memikul tanggungjawab bagi kebanyakan perkhidmatan setempat, seperti perancangan tempatan, sekolah, perkhidmatan sosial, jalan raya tempatan dan pengumpulan sampah. Setengah peranan, seperti pengurusan sisa, dibekalkan aturan bersama.

Kerja polis di London Raya, kecuali Bandaraya London, disediakan oleh Angkatan Polis Metropolitan (Metropolitan Police Force) di bawah seliaan Lembaga Polis Metropolitan (Metropolitan Police Authority). Bandaraya London pula ada angkatan polis tersendiri, iaitu Polis Bandaraya London (City of London Police).[67] Polis Pengangkutan British memikul tugas polis di perkhidmatan-perkhidmatan National Rail dan London Underground di ibu kota.[68]

Pasukan Bomba London merupakan perkhidmatan bomba dan penyelamat berkanun di London Raya. Perkhidmatan bomba ketiga terbesar di dunia ini dikelola oleh Lembaga Bomba dan Perancangan Kecemasan (London Fire and Emergency Planning Authority).[69] Perkhidmatan ambulans Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (National Health Service, NHS) dibekalkan oleh Amanah NHS Perkhidmatan Ambulans London (London Ambulance Service (LAS) NHS Trust), iaitu khidmat ambulans kecemasan percuma ketika diguna yang terbesar di dunia.[70] Badan amal London Air Ambulance beroperasi bersama LAS di mana ia diperlukan. Pengawal Pantai Diraja (Her Majesty's Coastguard) dan Institusi Bot Penyelamat Kebangsaan Diraja (Royal National Lifeboat Institution) beroperasi di Sungai Thames.[71][72]

Pemerintahan negara

London merupakan pusat Kerajaan United Kingdom yang terletak di sekitar Istana Westminster. Kebanyakan jabatan kerajaan terletak dekat dengan Parlimen, terutamanya di sepanjang Whitehall, termasuk kediaman rasmi Perdana Menteri di 10 Downing Street.[73] Parlimen British mendapat gelaran "Induk Segala Parlimen" (Mother of Parliaments)[74] kerana ia dijadikan contoh bagi kebanyakan sistem parlimen yang lain di dunia, apatah lagi Akta-Akta yang digubal di sini turut mewujudkan banyak lagi parlimen lain.

Rujukan

WikiPedia: London ftp://dossier.ogp.noaa.gov/GCOS/WMO-Normals/RA-VI/... http://www.aci.aero/cda/aci_common/display/main/ac... http://www.shfao.gov.cn/wsb/english/Sister_Cities/... http://www.gov.cn/misc/2006-04/10/content_250542.h... http://www.allmusic.com/explore/style/d204 http://www.blackwell-synergy.com/doi/pdf/10.1111/1... http://www.britishpathe.com/workspace.php?id=2449&... http://www.channel4.com/history/microsites/H/histo... http://www.channel4.com/history/microsites/H/histo... http://money.cnn.com/2004/06/11/pf/costofliving/