Pendidikan London

Pendidikan tinggi

Kolej Universiti London ialah sebahagianUniversiti London

London merupakan sebuah pusat utama pendidikan tinggi dan penyelidikan, di mana 43 buah universiti yang membentuk tumpuan institusi pengajian tinggi yang terbesar di Eropah.[17] Pada tahun 2008/09, jumlah penuntut pendidikan tingginya seramai 412,000 orang (kira-kira 17 jumlah keseluruhan UK), yang mana seramai 287,000 orang berdaftar untuk ijazah sarjana muda dan 118,000 lagi menuntut di peringkat pascasiswazah.[180] Pada tahun 2008/09 juga, terdapat sekitar 97,150 penuntut luar negara di London, iaitu kira-kira 25 peratus semua penuntut luar negara di UK.[180]

Di London terletaknya sebilangan institusi pendidikan peneraju dunia. Menurut QS World University Rankings 2011, Imperial College London menduduki tangga ke-6, Kolej Universiti London ke-7 danKing's College London ke-27 di dunia.[181] London School of Economics turut disanjungi sebagai institusi sains sosial terunggul dari segi pengajaran mahupun penyelidikan.[182] London Business School pula dianggap sebagai salah sebuah maktab perniagaan terulung di dunia, apalagi pada tahun 2010, program MBA-nya diberi penarafan tertinggi di dunia oleh Financial Times.[183]

Dengan seramai 125,000 orang pelajar, persekutuan Universiti London merupakan universiti ajaran jarak dekat yang terbesar di Eropah.[184] Ia merangkumi empat buah universiti berbilang fakulti yang besar, iaitu King's College London, Queen Mary, Royal Holloway dan UCL – dan banyak institusi kecil yang lebih terkhusus seperti London Business School, London School of Economics, Royal Academy of Music, dan sebagainya.[185] Setiap anggota Universiti London mengamalkan tatacara penerimaan masuk pelajar yang tersendiri serta menawarkan ijazah tersendiri.

Terdapat sebilangan universiti di London yang berada di luar sistem Universiti London, misalnya Imperial College London, Universiti Metropolitan London (universiti tunggal yang terbesar di dengan seramai 34,000 orang pelajar),[186] University of the Arts London(universiti kesenian, reka bentuk, fesyen, komunikasi dan seni persembahan yang terbesar di Eropah),[187] dan sebagainya.

Muka depan Royal College of Music

Di London letaknya lima maktab perubatan utamaBarts and The London School of Medicine and Dentistry (anggota Queen Mary), King's College London School of Medicine (maktab perubatan terbesar di Eropah), Imperial College School of Medicine, UCL Medical Schooldan St George's, University of London – serta banyak hospital mengajar yang bersekutu dengannya. London juga merupakan sebuah pusat utama untuk penyelidikan bioperubatan, dan tiga daripada lima pusat sains kesihatan akademi di UK berpangkalan di bandaraya ini, iaitu Imperial College Healthcare, King's Health Partners dan UCL Partners (pusat sedemikian yang terbesar di Eropah).[188]Terdapat juga banyak maktab perniagaan di London, termasuk Cass Business School (anggota City University London), ESCP Europe, European Business School London, Imperial College Business School danLondon Business School. Di London juga terletaknya banyak institusi pendidikan khusus seni, seperti Academy of Live and Recorded Arts, London Contemporary Dance School, RADA,Royal College of Art, Royal College of Music dan Trinity Laban.

Pendidikan rendah dan menengah

Kebanyakan sekolah rendah dan menengah di London adalah sekolah awam yang berada di bawah tadbir urus lembaga-lembaga Daerah perbandaran, tetapi juga terdapat beberapa sekolah swasta di London.

Rujukan

WikiPedia: London ftp://dossier.ogp.noaa.gov/GCOS/WMO-Normals/RA-VI/... http://www.aci.aero/cda/aci_common/display/main/ac... http://www.shfao.gov.cn/wsb/english/Sister_Cities/... http://www.gov.cn/misc/2006-04/10/content_250542.h... http://www.allmusic.com/explore/style/d204 http://www.blackwell-synergy.com/doi/pdf/10.1111/1... http://www.britishpathe.com/workspace.php?id=2449&... http://www.channel4.com/history/microsites/H/histo... http://www.channel4.com/history/microsites/H/histo... http://money.cnn.com/2004/06/11/pf/costofliving/