Lori_pikap
Lori_pikap

Lori_pikap

Lori pikap merupakan sejenis lori ringan dengan ruang kargo terbuka di bahagian belakang dan ruang kabin berasingan di hadapan. Ia banyak digunakan untuk kegunaan komersial, tetapi sejak akhir-akhir ini lori pikap semakin menarik perhatian pengguna bukan komersial sebagai kenderaan gaya hidup berikutan reka bentuk model-model terkini yang semakin menarik, seperti Isuzu D-Max, Mitsubishi Triton, Toyota Hilux dan Ford Ranger. Di Malaysia lori pikap tidak memerlukan pemandu memiliki lesen memandu kelas E (kenderaan berat), memadailah dengan lesen kelas D (kereta) sahaja.Sejarah lori pikap bermula dengan penciptaan lori pikap berasaskan Ford Model T pada tahun 1925.