Los_Angeles
Los_Angeles

Los_Angeles

Bandar Raya/Kota Los Angeles - seringkali disingkatkan kepada L.A. - adalah bandar besar di barat Amerika Syarikat. Ia merupakan kota kedua terpadat di Amerika Syarikat (selepas Bandaraya New York) dan merupakan bandaraya terbesar di California. Para penjelajah Sepanyol menamai sebuah sungai yang indah dalam bahasa Sepanyol: El Pueblo de Nuestra Señora la Reina de los Ángeles del Río de Porciúncula, dalam bahasa Melayu: "Desa Ibunda Kita Ratu dari para Malaikat di Sungai Porciuncula". Pada 4 September 1781, para penduduk dari Misi San Gabriel mendirikan bandar dan menamainya sesuai dengan nama sungai itu, namun dalam bentuk yang lebih singkat. Nama rasminya adalah El Pueblo de la Reina de los Ángeles, atau "Bandar Ratu dari para Malaikat."Los Angeles dirasmikan sebagai bandarraya pada 4 April 1850. Penduduknya adalah 3,694,820 penduduk pada bancian 2000. Bancian pada 1 Julai 2004 menunjukkan bahawa penduduknya berjumlah 3,847,400 untuk Bandaraya Los Angeles. Metropolitan Los Angeles jumlah penduduknya lebih dari 12 juta, dan jika ditambah dengan Orange County, sebuah wilayah yang bersempadan di sebelah tenggara, jumlah penduduk mencapai lebih dari 15 juta orang.Ekonomi Los Angeles didorong oleh sektor pertanian, minyak, perfileman, angkasawan, dan perdagangan luar negeri. Los Angeles adalah pusat masuk terbesar bagi para pendatang di Amerika Syarikat. Los Angeles telah dua kali mengendalikan Olimpik musim panas, dan merupakan pusat bagi institusi ilmiah dan kebudayaan yang terkenal.