Lost
Lost

Lost

Lost ialah sebuah siri drama televisyen Amerika Syarikat dan pemenang anugerah Emmy yang mengisahkan kisah kehidupan mangsa-mangsa nahas kapal terbang yang terselamat di atas sebuah pulau tropika yang penuh misteri, selepas pesawat penumpang yang mengangkut mereka dari Australia ke Amerika Syarikat terhempas di suatu tempat di Pasifik Selatan. Setiap episod lazimnya menceritakan jalan cerita utama di pulau serta jalan cerita sekunder dari suatu titik lain dalam hidup seseorang watak. Rancangan ini direka oleh Damon Lindelof, J. J. Abrams dan Jeffrey Lieber, dan penggambarannya dijalankan terutamanya di Oahu, Hawaii.[1] Episod perintisnya mula-mula disiarkan pada 22 September 2004.[2] Semenjak itu, tiga musim sudah disiarkan. Rancangan ini diterbit oleh ABC Studios, Bad Robot Productions dan Grass Skirt Productions dan bersiaran di rangkaian ABC di Amerika Syarikat. Muzik sampingannya digubah oleh Michael Giacchino. Penwerbit=penerbit eksekutif kini ialah Abrams, Lindelof, Bryan Burk, Jack Bender dan Carlton Cuse.[3] Oleh sebab barisan pelakonnya yang besar dan cos penggambaran di Hawaii, siri ini merupakan antara yang termahal di televisyen.[4]Lost yang mencapai kejayaan dari segi mutu dan populariti ini meraih purata 16 juta penonton per episod di ABC ketika tahun pertamanya, serta memenangi banyak anugerah industri termasuk Anugerah Emmy untuk Siri Drama Cemerlang pada tahun 2005,[5] Import Amerika Terbaik di Anugerah Televisyen Akademi British, juga pada tahun 2005, dan Golden Globe untuk Drama Terbaik pada tahun 2006.Mencerminkan tapak peminatnya yang setia, rancangan ini menjadi bahan utama budaya pop Amerika dengan penyentuhan pada rancangan ini dan unsur-unsurnya yang muncul di rancangan televisyen lain,[6] iklan, buku komik,[7][8] webkomik, majalah lawak dan lirik lagu. Alam fiksyen rancangan ini turut diterokai melalui novel, permainan papan dan video yang berkaitan, serta satu permainan realiti alternatif berjudul The Lost Experience.[9]Pada Mei 2007, adalah diumumkan bahawa Lost akan diteruskan untuk musim keempat, kelima, dan keenam, dan berakhir pada 117 episod pada Mei 2010. Tiga musim terakhir ini akan terdiri daripada 16 episod setiap satu.[10][11]