Loteri
Loteri

Loteri

Loteri (juga dikenali sebagai nombor ekor, tikam ekor, Lotto atau TOTO) merupakan satu bentuk perjudian yang melibatkan pembelian tiket untuk memenangi hadiah.Sesetengah negara mengharamkan loteri, sementara selebihnya membenarkannya sehingga ada kalanya menganjurkan loteri kebangsaan atau negeri. Pada awal abad ke-20, kebanyakan bentuk perjudian diharamkan di kebanyakan negara, termasuklah Amerika Syarikat serta kebanyakan negara Eropah sehinggalah selepas Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1960an kasino-kasino mula dibina di serata dunia sebagai satu cara untuk meningkatkan pendapatan negara sebagai tambahan kepada cukai biasa.Loteri didatangkan dalam pelbagai format. Contohnya, hadiah yang ditawarkan boleh jadi wang tunai atau barangan tetap. Dalam format ini, terdapat risiko yang perlu ditanggung penganjur jika jualan tiket tidak mencukupi. Format yang lebih lazim ialah wang hadiah biasanya mengikut peratusan tertentu daripada jualan tiket. Contohnya, format pertaruhan "50–50" memerlukan penganjur membayar hadiah wang yang merupakan 50% daripada jualan tiket. Kebanyakan loteri di Malaysia membenarkan pembeli memilih sendiri nombor tiket (sekaligus membawa kepada gelaran nombor ekor), menyebabkan kebarangkalian untuk mempunyai lebih daripada seorang pemenang.