Louis_XIV_dari_Perancis
Louis_XIV_dari_Perancis

Louis_XIV_dari_Perancis

Untuk pancaragam, sila lihat Louis XIV (pancaragam).Louis XIV (bahasa Perancis: Louis-Dieudonné; 5 September 16381 September 1715) ialah Raja Perancis dan Navarre dari 14 Mei 1643 sehingga kemangkatannya sejurus sebelum hari keputeraan ke-77 baginda. Baginda naik takhta beberapa bulan sebelum hari keputeraan ke-5, tetapi tidak menguasai kerajaan sehingga kematian Perdana Menterinya ("premier ministre"), Jules Cardinal Mazarin, pada tahun 1661. Louis XIV, dikenali sebagai Raja Suria (bahasa Perancis: Le Roi Soleil), Louis Yang Agung (bahasa Perancis: Louis le Grand), atau dengan mudah sebagai Raja Agung (bahasa Perancis: Le Grand Monarque), memerintah Perancis selama 77 tahun — pemerintahan yang paling lama bagi mana-mana satu raja Perancis atau raja Eropah yang utama. Louis XIV menambah kuasa dan pengaruh Perancis di Eropah, dan bertempur dalam tiga perang utama — Perang Perancis-Belanda, Perang Liga Augsburg, dan Perang Pewarisan Sepanyol — serta dua pertempuran yang kurang penting — Perang Penurunan Kuasa, dan Perang Penyatuan Semula.Di bawah pemerintahan Louis XIV, Perancis mencapai bukan sahaja kecemerlangan politik dan tentera, tetapi juga penguasaan kebudayaan dengan berbagai-bagai tokoh kebudayaan seperti Moliere, Jean Racine, Nicolas Boileau-Despreaux, Jean de La Fontaine, Jean-Baptiste Lully, Hyacinthe Rigaud, Charles Le Brun dan Andre Le Notre. Pencapaian-pencapaian kebudayaan ini menyumbang kepada prestij Perancis, serta rakyat, bahasa, dan rajanya. Salah satu daripada raja Perancis yang terutama, Louis XIV berjaya mencipta sebuah negara pemutlak serta terpusat, dan menjadi contoh tipikal untuk raja mutlak. Ungkapan "L'État, c'est moi" ("Betalah Negara") sering dikaitkan dengan baginda, walaupun ini dianggap oleh ahli-ahli sejarah sebagai satu kesilapan sejarah dan lebih mungkin dibayangkan oleh penentang-penentang politiknya sebagai cara untuk mengesahkan pandangan sterotaip faham kemutlakan yang diperlambangkannya. Berbeza dengan petikan itu yang kebenarannya diragui, Louis XIV sebenarnya dilaporkan berkata ketika nazak: "Je m'en vais, mais l'État demeurera toujours." ("Beta berangkat, namun Negara tetap kekal").

Louis_XIV_dari_Perancis

Pemerintahan 14 Mei 16431 September 1715
Ayahanda Louis XIII, Raja Perancis
Pasangan Maria Theresa dari Austria
Bonda Anne dari Austria
Dimakamkan Gereja Santo Denis, Santo-Denis, Paris
Putera Mahkota Louis de France, "Le Grand Dauphin"
Anakanda Louis, Dauphin dari Perancis
Anne Élisabeth dari Perancis
Marie Thérèse, Madame Royale
Philippe Charles, Adipati Anjou
Louis Francois, Adipati Anjou
Nama penuh Louis Dieudonné de France
Kerabat diraja Kerabat diRaja Perancis (Cabang Bourbon)
Pengganti Louis XV, Raja Perancis
Pendahulu Louis XIII, Raja Perancis