Lu_Han

Lu Han (Bahasa Cina: 鹿晗; Bahasa Korea: 루한), dilahirkan pada (1990-04-20)20 April 1990, merupakan seorang penyanyi berbangsa Cina yang dikenali melalui kumpulan muzik Korea Selatan-China iaitu EXO dan sub-kumpulan EXO-M. Dia telah menandatangani kontrak bersama S.M. Entertainment di Korea Selatan dan Avex Trax di Jepun. Pada tahun 2014, Luhan telah memfailkan tuntutan mahkamah untuk membatalkan kontrak eksklusif bersama SM Entertainment atas faktor kesihatan.[1] Dia kurang aktif bersama dengan ahli kumpulan EXO selepas kes tuntutan mahkamah tersebut. Dia telah meninggalkan EXO pada bulan Oktober 2014. Pada tahun ini juga, dia telah tersenarai sebagai enam orang bintang paling popular di China oleh China National Radio.Lu Han kini aktif di China sebagai artis dan pelakon yang bergerak secara solo. Dia mengeluarkan album solonya iaitu Reloaded pada tahun 2015 dan membintangi dalam beberapa filem 'box office' seperti 20 Once Again (2015), The Witness (2015), dan Time Raiders (2016). Pada tahun 2017, dia membintangi drama Fighter of the Destiny.

Berkaitan