Agama Lun_Bawang

Pada umumnya, suku kaum Lun Bawang beragama Kristian yang telah disebarkan oleh mubaligh Kristian sekitar tahun 1928-1930-an. Di Sarawak, Sabah dan Brunei, kebanyakan mereka daripada aliran gereja Sidang Injil Borneo (SIB). Mendiang Datuk Racha Umung ialah Presiden pertama SIB dan ahli adun negeri Lawas (1960-an) serta menjadi ahli Parlimen Lawas-Limbang (P154), Sarawak yang kedua pada tahun 1974, sewaktu Tun Abdul Razak Hussein masih menjadi Perdana Menteri yang kedua Malaysia dan Timbalannya Tun Ismail Abdul Rahman dan diganti ke Tun Hussein Onn. O.K.K Mulok Bangau juga merupakan pemimpin ketua anak Negeri suku Lundayeh,ahli Majlis Daerah Sipitang dan Ketua cawangan Parti UPKO di Sipitang, Sabah pada tahun 1950an-1960an bersama dengan rakan-rakan seperjuangannya dalam UPKO, Tun Fuad Stephen, Datuk Peter Mojuntin dan O.K.K Koroh. Presiden SIB Sarawak, Pastor Kalip Basar yang telah terbunuh dalam nahas helikopter pada Julai 2003 dan YB Datuk Dr. Judson Sakai Tagal menteri muda Sarawak juga terbunuh dalam nahas helikopter pada 2004 di Ba'kelalan, Sarawak juga adalah daripada suku Kaum Lun Bawang dan membuat nama Lun Bawang lebih dikenali di Malaysia.