Lun_Bawang
Lun_Bawang

Lun_Bawang

Suku Kaum Lun Bawang berasal dan tinggal di kawasan pedalaman tanah tinggi Borneo iaitu Kalimantan Utara, Brunei, Sabah dan Sarawak. Di Sarawak, mereka digolongkan dalam kelompok masyarakat Orang Ulu. Suku kaum Lun Bawang di Sabah lebih dikenali sebagai Murut kolor atau Murut Sipitang atau Lun Dayeh yang bermaksud Orang Ulu atau pedalaman, (erti asal ialah mereka yang tinggal di hulu sungai), seperti di Kg. Long Pasia dan Kg. Long Mio, Maligan, Sipitang, Sabah. Sementara di Sarawak dan Brunei, mereka pula dikenali sebagai Lun Bawang yang bermaksud orang tempatan atau orang peribumi. Suku kaum Lun Bawang yang dahulu dikenali sebagai Murut juga terdapat di sepanjang persisiran sungai Lawas, Trusan dan Limbang. Sejarah mengatakan orang Lun Bawang ini berasal dari Tanah Tinggi Kelabit, Tanah Tinggi Krayan dan Gunung Murud di Lawas. Pada seketika dahulu Lun Bawang dan Tagal juga dikenali sebagai Murut sempena nama Gunung Murud yang tertinggi di Sarawak yang terletak di Utara Sarawak.

Lun_Bawang

Indonesia 25000 (banci penduduk 1987)
Brunei 300 (1987 Langub)1500(2013 RTB)
Malaysia 12800 (1982 SIL)