Lundayeh
Lundayeh

Lundayeh

Suku kaum Lundayeh merupakan pribumi Sabah dan kalimantan. Lundayeh juga sering dikaitkan sebagai Orang Kelabit, Lun Bawang di Sarawak atau Orang Ulu Sabah.[2]Masyarakat Murut Lundayeh di Sabah juga terlibat dalam Operasi Semut di Borneo.Lundayeh memang sudah ada di Long Pasia sedari awal lagi sebelum membina beberapa penempatan baru di rumah panjang Kaban di pinggir Sipitang, Melamam yang turut didiami oleh masyarakat Keled / murut kolor. Selain itu , masyarakat Lundayeh juga tinggal di kg Bamban, Mendolong, Batu Nuduk , Long Mio di Sipitang , sekitar Tenom iaitu Kg Baru Jumpa dan sekitar Keningau iaitu kg Kuala Punteh, Sook. Semua penempatan baru itu wujud berikutan perpindahan semua lima kelompok masyarakat Lundayeh di sekitar Long Pasia ke Batu Tujuh dekat pekan Sipitang pada 1955 atas cadangan Pegawai Daerah ketika itu. Namun, atas faktor alam dan cuaca, beberapa keluarga mengambil keputusan untuk kembali ke kawasan pedalaman iaitu di kawasan kg Long Pasia. Menurut statistik di Sabah, Lundayeh berpopulasi 9,250 orang yg di kategori sebagai Bumiputera Sabah (New Sabah Times,2012).Nama bekas pemimpin penerajui orang Lundayeh ini adalah O.K.K Mulok Bangau. Beliau merupakan Ketua Parti UPKO (Lama) Bahagian Sipitang, Ketua Anak Negeri (KAN) Sipitang dan Ahli Majlis Daerah Sipitang pada tahun 1950an-1960an.

Lundayeh

Malaysia 12800 (1982 SIL)[1]
Brunei 300 (1987 Langub) 1500(2013 RTB)[1]
Indonesia 25000 (1987 census)[1]