M._Osman
M._Osman

M._Osman

M. Osman merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia. Mempunyai lebih dari 24 EP (album lagu nyanyian dan citaan)Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah ""pop yeh-yeh"" telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh). Penyanyi pada zaman 1960-an biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran.M. Osman sering membuat persembahan dengan diiringi oleh Kumpulan Les Fentones & kumpulan The Siglap Boys, Kugiran Nirwana, kugiran The Clan, kugiran The Mods, Kugiran Le Dreamers. Beliau mencipta nama dengan lagu Suzana. Seiring dengan itu, M. Osman telah diberi gelaran Raja Pop Yeh Yeh semasa Konsert Nostalgia Pop Yeh Yeh dipentaskan di Stadium Negara pada tahun 1985.M. Osman merupakan antara penyanyi tempatan yang pertama merakamkan lagu dalam bentuk Pop Yeh-yeh dengan lagunya Suzanna pada 1964. Beliau berkahwin dengan Afidah Es yang juga merupakan seorang penyanyi, dan merupakan bapa kepada Aziz M. Osman dan Zulkifli M. Osman.[1]Antara filem lakonannya ialah Cucu Datuk Merah, Cinta Kasih Sayang, Fajar Menyingsing, Ibu Ayam dan Anak Manja. Allahyarham juga pernah mengarah filem dan drama. Antara filem arahannya ialah Pasung Puaka, Anak Tunggal dan Ilmu Saka. M. Osman bersama anaknya Aziz M. Osman dan Zulkifli M. Osman menguruskan Paradigm Pictures yang aktif menerbitkan filem dan drama.Beliau meninggal dunia pada 28 Julai 2001 pada usia 61 tahun. Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selaseh.[2]