M._Sani

M. Sani (dilahirkan sebagai Md. Sani bin Abu Yamin) merupakan seorang penyanyi yang berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau juga merupakan bekas "Juara Bintang RTM 1971" dan menerima hadiah wang sebanyak $1000 di samping pingat dan piala pusingan. Beliau kemudiannya mendapat peluang untuk merakamkan album bersama syarikat rakaman EMI. Antara album beliau ialah Kerna Senyum Ku Terpikat (1974) selain beberapa album EP seperti Rindu Hati Ku Tidak Terkira dan Sedangkan Lidah Lagi Tergigit.[1]